Tuesday, November 27, 2012

Amanat As-Syaheed.

Pesanan As-Syahid perlu saya sematkan dlm hati sedalm2nya..biar terus bersemadi dgn darah daging!Allahuakbar!

Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi :

☛ Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

☛ Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

☛ Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

☛ Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

☛ Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Tuesday, July 10, 2012

FiQh Perubatan '12





Ramadhan bakal tiba...I-Medik membawakan anda FiQh Perubatan'12 mengulas lanjut isu2 Ramadhan & Kesihatan.Sejauh mana kita memahami isu2 ini?..ayuh,mantapkan kefahaman kita supaya ibadah kita terlaksana sempurna.Sihat itu anugerah.Sakit itu ujian keimanan.Di mana pon kita, pastikan kita berpegang pada taliNYA.

Sunday, April 29, 2012

Al-LiQaYah Al-Harakah (Semangat HAraki)

Kecergasan atau Stamina Haraki ialah kemampuan da’ie untuk berterusan dan fleksibeliti dalam memberikan kontribusi kepada dakwah berdasarkan prioriti, keperluan dan kepakaran tanpa merasa teragak-agak dan gagal. Kecergasan Haraki juga bermaksud kemampuan para du’at untuk berinteraksi dengan keperluan dakwah dan tuntutan marhalah [fasa].
Kecergasan Haraki adalah untuk memperkasa dakwah dengan melakukan latihan operasi dakwah yang berbagai-bagai, sentiasa memberikan sumbangan, kualiti pelaksanaan, memberikan bekalan ruh dan akal serta menguasai kemahiran insaniah [softskill].
Antara contoh Kecergasan Haraki ialah:
  • Rasulullah SAW tidak berhenti berjuang dan memberikan sumbangan setiap hari. Baginda menempuh 28 kali pertempuran samada Ghazwah atau Sariyah. Baginda adalah pemimpin, murobbi, mu’allim, imam, suami dan hakim.
  • Abu Ayyub al-Ansari mewakafkan kehidupannya untuk jihad walaupun usianya mencecah 80 tahun lebih. Beliau mempersiapkan dirinya untuk menawan Kota Konstantinople sehingga kuburnya terletak di tembok Kota konstantinople.
  • Asad b. Furaat, seorang faqih dari pengikut Imam Malik. Beliau bertukar dari seorang faqih menjadi pemimpin perang armada. Beliau mengetuai peperangan pembukaan Soqliah sedangkan umurnya ketika itu 70 tahun. Beliau adalah faqih qoid.
  • Syed Qutb adalah seorang pemikir Ikhwan Muslimin. Diberikan hukuman penjara hingga ke tali gantung. Beliau terus cergas berdakwah di dalam penjara sehingga menghasilkan tafsir Fi Zilal al-Quran. Katanya: “orang yang hidup untuk dirinya… yang kadang-kadang dia inginkan kerehatan, sebenarnya hidupnya adalah kerdil dan matinya kerdil… sedangkan orang yang berjiwa besar, yang sanggup menanggung kesusahan dakwah, maka tiada untuknya masa tidur, tiada masa untuk rehat, tiada masa untuk tilam yang empuk dan juga kehidupan yang tenang dan kesenangan yang merehatkan. Rasulullah SAW menjelaskan hakikat ini.. kata baginda SAW kepada isterinya Khadijah “Berlalulah masa untuk tidur wahai Khadijah”. Ya, benar, berlalulah masa untuk tidur. Tidak akan kembali semula Islam melainkan dengan berjaga malam, kepenatan dan jihad yang panjang dan sukar..”
Bagaimana membina kecergasan berharokah?
  • Niat yang benar serta ikhlas semata-mata kerana Allah.
  • Memperbaharui intimak terhadap dakwah.
  • Berinteraksi dengan matlamat, permasalahan dan humum ad-dakwah. Ungkapan ‘hammuka ‘ala ma ahammaka..’ iaitu cita-cita kamu apa yang menjadi kesibukanmu. Maka seorang da’ie perlu menjadikan cita-cita dakwahnya dapat menyalakan obor perjuangan, berterusan memberikan kontribusi dan meningkatkan daya kecergasan harokah.
  • Menanggung kepedulian dakwah iaitu berfikir dan sibuk dengan urusan dakwahnya. Dia memberikan sepenuh perhatian, tumpuan, fokus kepada kerja dakwah di dalam prioriti hidupnya. Antara bentuk kepedulian tersebut ialah:
  • Kepedulian untuk memberikan sumbangan dakwah dan komited terhadapnya.
  • Kepedulian untuk mencapai objektif dakwah dan memenangkannya.
  • Kepedulian untuk meningkatkan pelaksanaan, keberkesanan dan kualiti dakwah.
  • Kepedulian untuk mencapai matlamat dakwah dan menanggung kepayahannya.
  • Kepedulian untuk proaktif dan sentiasa ke depan di dalam amal dakwi.
  • Kepedulian mempertahankan dakwah dan menolak serangan terhadap dakwah.
  • Kepedulian mentajmik dan mendapatkan bilangan pendokong dakwah serta memberikan petunjuk kepada manusia.
  • Kepedulian untuk bersifat jiddiyah (keseriusan) di dalam menyumbang dan berkesan di dalam menghasilkan sesuatu.
  • Ijabiyah dan penglibatan aktif di dalam setiap mas’uliyyah dakwah.
  • Menyuburkan iklim optimis, harapan dan positif sehingga timbul perasaan untuk menyumbang, proaktif, bersaing dan mentajdid daya kecergasan berharokah.
  • Mempelajari pengalaman orang lain dalam menyumbang di lapangan dakwah.
  • Meningkatkan daya kompetensi. Kata Salafusolih; “orang yang terkedepan dalam melakukan amal solih adalah mereka yang hampir tingkat muqorrobin..”.
  • Mengutamakan aspek praktikal dari aspek teori, melebihkan aspek pelaksanaan dari aspek perdebatan kalam, berteori dan berfalsafah, dan tenggelam dalam perbincangan yang tidak bermanfaat.
  • Merasai tanggungjawab dakwah sebagaimana perasaan masuliyah da’wiyah burung Hud-Hud kepada Nabi Sulaiman a.s.
Moga stamina dan kecergasan harokah kita terus kekal dan maintain.
Ustaz Mohd Azizee bin Hasan,
Naib YDP ISMA Seremban
Blog: Petunjuk Sepanjang Jalan

Sunday, January 23, 2011

cerITa SerAm,....TAkut???...JAnganNNNN...

Hati rasa kosong bila tiada peringatan.Ada je yg tak kene...so,mana yg harus dituju...Al-Quran..Al-Quran..Al-Quran..MANUAL KETENANGAN HATI.

Sejak akhir2 ni makin byk movie2 seram dari Malaysia...yg kadang2 membimbangkan bila isu2 khurafat dan syirik langsung tak diambil berat.Sedangkan 2 benda ni mengganggu gugat AQIDAH.Itu isu yg utama.

"Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dgn sesuatu)dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yg Dia kehendaki.Dan barangsiapa mempersekutukan Allah,maka SunGGUH dia telah jauh tersesat"(4;116)

Yg kedua bila manusia lebih takutkan hantu2 khayalan,hantu2 rekaan berbanding Allah

Ya,tak dinafikan hantu itu wujud..BETUL ker???...betul..sebab hantu tu adalah syaitan yg menjelma mempermainkan manusia.Dan bilamana manusia takutkan hantu,bukankah itu jugak bermaksud manusia itu takutkan syaitan??...

"Sesungguhnya syaitan2 itu adalah musuh yg nyata bg manusia"(17;53)
MusUh perlu dilawan dan ditawan bukan ditakuti!

Persoalannya sbg muslim...TAAT,ABDI,PATUH,TAKUT,CINTA...semuanya pada ALLAH s.w.t....tapi dalam situasi skrg,manusia lagi takutkan hantu...bukti????...manusia jd takut lepas menonton cerita seram...tapi manusia langsung tak endah bila buat maksiat,bila berzina...wallahua'lam.
p/s;diri ini juga perlu muhasabah...xperlu takut!pd hantu...

ApA yg sebenar perlu kita takut???

"org2 yg dikumpulkan di neraka Jahannam dgn diSERET wajahnya,mereka itulah yg plg buruk tempatnya dan plg sesat jalannya"(25;34)

"Kemudian Kami berfirman(kpd Musa n Harun)"pergilah kpd kaum yg mendustakan ayat2 Kami".Lalu Kami hancurkan mereka dgn seHANCUR2nya".(25;36)...

"Apabila mereka dilontarkan ke dalamnya,meraka mendengar SUarA neRAka yg MengerikAn,sedang neraka itu membara"(67;7)

"Dan sungguh ,Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yg dibisikkan hatinya.dan kami LeBiH DeKat kepadanya drpd urat lehernya"(50;16)

terlalu banyak AMARAN dari Allah yg MAHA PENYAYANG agar takutkan azabNYA yg pedih!tapi manusia.....cari..cari dan fikir!

Janji2 Allah dlm Al-Quran lagi sttnya lg menggerunkan hati mereka yg bergelar muslim dr gerun n takut pd cerita2 seram yg khayalan mainan perasaan...

p/s:saya dah takde alasan untuk takut lagi pada hantu....saya akan cuba..insyaAllah!

Neraka itu yg jauh lg menggerunkan.Azab Allah itu jauh,sangat2 mengerikan,menyeramkan,mengGERUNkan!!!

Finally....

"Wahai orang2 yg BERIMAN,peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat2 yg kasar, dan keras, yg tidak derhaka kpd Allah terhadap apa yg diperintahkan kpd mereka dan selalu mengerjakan ape yg diperintahkan."(66;6)

wallahua'lam....

Monday, January 17, 2011

HampI...tHe st0Ne cItY...


                                                    banyak betul susunan batu yg macam nih...

          banyaaaaaaaaaaaaakkkk batu......tHe St0nE ciTy....HampI^_^

                       Sister St0nE...nak tau citer di sebaliknya???...dulu ade 2 adik-beradik nih datang ke HampI pastu diorang macam kutuk-kutuk tempat nih...sebagai balasan diorang disumpah menjadi BAtU....hurm.......

                                                  -bergambar berlatar belakangkan Stone Carriage-


                                                Terpenjara dalam kejahilan....T_T

 Alhamdulillah..tinggal sebulan lagi untuk duduk di India.Kene la jalan puas2 melawat tempat2 menarik kat India nih..So.....tempat pilihan kali nih....HaMpI...tHe St0nE cItY...^_^..memang banyak batu pon kat sini..
 Basically,hampi ni sebenarnya tempat peninggalan Tamadun Hindu dulu2...s0 tempat nih mostlay terdiri daripada temple2 yang beraneka saiz dan rekaannya...and of courselah kami semua melawat semua temple2 tu...h0hoh0...tapi sekadar suka2 ambil gambar je.

                                ....... bergambar dgn budak2 tempe...

Alhamdulillah,walaupun kami melawat temple,hati kami tetap pada Islam....haish..mana mungkin bisa tertarik pada agama lain sedangkan Islam jua yang mententeramkan hati.Tengah2 jelajah...kami duduk berehat bawah pokok sambil cerita2 pasal Salman Al-farisi...pasal Sultan Muhammad Al-Fatih....dan sebagainya...sejarah Tamadun Islam ternyata lebih mengagumkan berbanding sejarah tamadun lain...lagi2 tamadun Hindu yang banyak sangat unsur2 kedongengannya...huhu...


 Bangunan nih ada unsur2 seni bina Islam...huhu..masih belum berpeluang mengembara ke Andalusia....
Monolitic Bull.........besar sungguh lembu nih...huhu...

ya Allah..moga Kau jauhkan kami dari kejahilan,kekufuran....Tunjukkkan kami dengan cahaya hidayahMu yang tidak kunjung malap....Masukkan kami dalam golongan hamba2Mu yang berimanlagi bertaqwa=)..ameen2 ya Rabb.