Tuesday, November 27, 2012

Amanat As-Syaheed.

Pesanan As-Syahid perlu saya sematkan dlm hati sedalm2nya..biar terus bersemadi dgn darah daging!Allahuakbar!

Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi :

☛ Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

☛ Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

☛ Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

☛ Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

☛ Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Tuesday, July 10, 2012

FiQh Perubatan '12





Ramadhan bakal tiba...I-Medik membawakan anda FiQh Perubatan'12 mengulas lanjut isu2 Ramadhan & Kesihatan.Sejauh mana kita memahami isu2 ini?..ayuh,mantapkan kefahaman kita supaya ibadah kita terlaksana sempurna.Sihat itu anugerah.Sakit itu ujian keimanan.Di mana pon kita, pastikan kita berpegang pada taliNYA.

Sunday, April 29, 2012

Al-LiQaYah Al-Harakah (Semangat HAraki)

Kecergasan atau Stamina Haraki ialah kemampuan da’ie untuk berterusan dan fleksibeliti dalam memberikan kontribusi kepada dakwah berdasarkan prioriti, keperluan dan kepakaran tanpa merasa teragak-agak dan gagal. Kecergasan Haraki juga bermaksud kemampuan para du’at untuk berinteraksi dengan keperluan dakwah dan tuntutan marhalah [fasa].
Kecergasan Haraki adalah untuk memperkasa dakwah dengan melakukan latihan operasi dakwah yang berbagai-bagai, sentiasa memberikan sumbangan, kualiti pelaksanaan, memberikan bekalan ruh dan akal serta menguasai kemahiran insaniah [softskill].
Antara contoh Kecergasan Haraki ialah:
  • Rasulullah SAW tidak berhenti berjuang dan memberikan sumbangan setiap hari. Baginda menempuh 28 kali pertempuran samada Ghazwah atau Sariyah. Baginda adalah pemimpin, murobbi, mu’allim, imam, suami dan hakim.
  • Abu Ayyub al-Ansari mewakafkan kehidupannya untuk jihad walaupun usianya mencecah 80 tahun lebih. Beliau mempersiapkan dirinya untuk menawan Kota Konstantinople sehingga kuburnya terletak di tembok Kota konstantinople.
  • Asad b. Furaat, seorang faqih dari pengikut Imam Malik. Beliau bertukar dari seorang faqih menjadi pemimpin perang armada. Beliau mengetuai peperangan pembukaan Soqliah sedangkan umurnya ketika itu 70 tahun. Beliau adalah faqih qoid.
  • Syed Qutb adalah seorang pemikir Ikhwan Muslimin. Diberikan hukuman penjara hingga ke tali gantung. Beliau terus cergas berdakwah di dalam penjara sehingga menghasilkan tafsir Fi Zilal al-Quran. Katanya: “orang yang hidup untuk dirinya… yang kadang-kadang dia inginkan kerehatan, sebenarnya hidupnya adalah kerdil dan matinya kerdil… sedangkan orang yang berjiwa besar, yang sanggup menanggung kesusahan dakwah, maka tiada untuknya masa tidur, tiada masa untuk rehat, tiada masa untuk tilam yang empuk dan juga kehidupan yang tenang dan kesenangan yang merehatkan. Rasulullah SAW menjelaskan hakikat ini.. kata baginda SAW kepada isterinya Khadijah “Berlalulah masa untuk tidur wahai Khadijah”. Ya, benar, berlalulah masa untuk tidur. Tidak akan kembali semula Islam melainkan dengan berjaga malam, kepenatan dan jihad yang panjang dan sukar..”
Bagaimana membina kecergasan berharokah?
  • Niat yang benar serta ikhlas semata-mata kerana Allah.
  • Memperbaharui intimak terhadap dakwah.
  • Berinteraksi dengan matlamat, permasalahan dan humum ad-dakwah. Ungkapan ‘hammuka ‘ala ma ahammaka..’ iaitu cita-cita kamu apa yang menjadi kesibukanmu. Maka seorang da’ie perlu menjadikan cita-cita dakwahnya dapat menyalakan obor perjuangan, berterusan memberikan kontribusi dan meningkatkan daya kecergasan harokah.
  • Menanggung kepedulian dakwah iaitu berfikir dan sibuk dengan urusan dakwahnya. Dia memberikan sepenuh perhatian, tumpuan, fokus kepada kerja dakwah di dalam prioriti hidupnya. Antara bentuk kepedulian tersebut ialah:
  • Kepedulian untuk memberikan sumbangan dakwah dan komited terhadapnya.
  • Kepedulian untuk mencapai objektif dakwah dan memenangkannya.
  • Kepedulian untuk meningkatkan pelaksanaan, keberkesanan dan kualiti dakwah.
  • Kepedulian untuk mencapai matlamat dakwah dan menanggung kepayahannya.
  • Kepedulian untuk proaktif dan sentiasa ke depan di dalam amal dakwi.
  • Kepedulian mempertahankan dakwah dan menolak serangan terhadap dakwah.
  • Kepedulian mentajmik dan mendapatkan bilangan pendokong dakwah serta memberikan petunjuk kepada manusia.
  • Kepedulian untuk bersifat jiddiyah (keseriusan) di dalam menyumbang dan berkesan di dalam menghasilkan sesuatu.
  • Ijabiyah dan penglibatan aktif di dalam setiap mas’uliyyah dakwah.
  • Menyuburkan iklim optimis, harapan dan positif sehingga timbul perasaan untuk menyumbang, proaktif, bersaing dan mentajdid daya kecergasan berharokah.
  • Mempelajari pengalaman orang lain dalam menyumbang di lapangan dakwah.
  • Meningkatkan daya kompetensi. Kata Salafusolih; “orang yang terkedepan dalam melakukan amal solih adalah mereka yang hampir tingkat muqorrobin..”.
  • Mengutamakan aspek praktikal dari aspek teori, melebihkan aspek pelaksanaan dari aspek perdebatan kalam, berteori dan berfalsafah, dan tenggelam dalam perbincangan yang tidak bermanfaat.
  • Merasai tanggungjawab dakwah sebagaimana perasaan masuliyah da’wiyah burung Hud-Hud kepada Nabi Sulaiman a.s.
Moga stamina dan kecergasan harokah kita terus kekal dan maintain.
Ustaz Mohd Azizee bin Hasan,
Naib YDP ISMA Seremban
Blog: Petunjuk Sepanjang Jalan