Tuesday, November 27, 2012

Amanat As-Syaheed.

Pesanan As-Syahid perlu saya sematkan dlm hati sedalm2nya..biar terus bersemadi dgn darah daging!Allahuakbar!

Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi :

☛ Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

☛ Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

☛ Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

☛ Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

☛ Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Tuesday, July 10, 2012

FiQh Perubatan '12





Ramadhan bakal tiba...I-Medik membawakan anda FiQh Perubatan'12 mengulas lanjut isu2 Ramadhan & Kesihatan.Sejauh mana kita memahami isu2 ini?..ayuh,mantapkan kefahaman kita supaya ibadah kita terlaksana sempurna.Sihat itu anugerah.Sakit itu ujian keimanan.Di mana pon kita, pastikan kita berpegang pada taliNYA.

Sunday, April 29, 2012

Al-LiQaYah Al-Harakah (Semangat HAraki)

Kecergasan atau Stamina Haraki ialah kemampuan da’ie untuk berterusan dan fleksibeliti dalam memberikan kontribusi kepada dakwah berdasarkan prioriti, keperluan dan kepakaran tanpa merasa teragak-agak dan gagal. Kecergasan Haraki juga bermaksud kemampuan para du’at untuk berinteraksi dengan keperluan dakwah dan tuntutan marhalah [fasa].
Kecergasan Haraki adalah untuk memperkasa dakwah dengan melakukan latihan operasi dakwah yang berbagai-bagai, sentiasa memberikan sumbangan, kualiti pelaksanaan, memberikan bekalan ruh dan akal serta menguasai kemahiran insaniah [softskill].
Antara contoh Kecergasan Haraki ialah:
  • Rasulullah SAW tidak berhenti berjuang dan memberikan sumbangan setiap hari. Baginda menempuh 28 kali pertempuran samada Ghazwah atau Sariyah. Baginda adalah pemimpin, murobbi, mu’allim, imam, suami dan hakim.
  • Abu Ayyub al-Ansari mewakafkan kehidupannya untuk jihad walaupun usianya mencecah 80 tahun lebih. Beliau mempersiapkan dirinya untuk menawan Kota Konstantinople sehingga kuburnya terletak di tembok Kota konstantinople.
  • Asad b. Furaat, seorang faqih dari pengikut Imam Malik. Beliau bertukar dari seorang faqih menjadi pemimpin perang armada. Beliau mengetuai peperangan pembukaan Soqliah sedangkan umurnya ketika itu 70 tahun. Beliau adalah faqih qoid.
  • Syed Qutb adalah seorang pemikir Ikhwan Muslimin. Diberikan hukuman penjara hingga ke tali gantung. Beliau terus cergas berdakwah di dalam penjara sehingga menghasilkan tafsir Fi Zilal al-Quran. Katanya: “orang yang hidup untuk dirinya… yang kadang-kadang dia inginkan kerehatan, sebenarnya hidupnya adalah kerdil dan matinya kerdil… sedangkan orang yang berjiwa besar, yang sanggup menanggung kesusahan dakwah, maka tiada untuknya masa tidur, tiada masa untuk rehat, tiada masa untuk tilam yang empuk dan juga kehidupan yang tenang dan kesenangan yang merehatkan. Rasulullah SAW menjelaskan hakikat ini.. kata baginda SAW kepada isterinya Khadijah “Berlalulah masa untuk tidur wahai Khadijah”. Ya, benar, berlalulah masa untuk tidur. Tidak akan kembali semula Islam melainkan dengan berjaga malam, kepenatan dan jihad yang panjang dan sukar..”
Bagaimana membina kecergasan berharokah?
  • Niat yang benar serta ikhlas semata-mata kerana Allah.
  • Memperbaharui intimak terhadap dakwah.
  • Berinteraksi dengan matlamat, permasalahan dan humum ad-dakwah. Ungkapan ‘hammuka ‘ala ma ahammaka..’ iaitu cita-cita kamu apa yang menjadi kesibukanmu. Maka seorang da’ie perlu menjadikan cita-cita dakwahnya dapat menyalakan obor perjuangan, berterusan memberikan kontribusi dan meningkatkan daya kecergasan harokah.
  • Menanggung kepedulian dakwah iaitu berfikir dan sibuk dengan urusan dakwahnya. Dia memberikan sepenuh perhatian, tumpuan, fokus kepada kerja dakwah di dalam prioriti hidupnya. Antara bentuk kepedulian tersebut ialah:
  • Kepedulian untuk memberikan sumbangan dakwah dan komited terhadapnya.
  • Kepedulian untuk mencapai objektif dakwah dan memenangkannya.
  • Kepedulian untuk meningkatkan pelaksanaan, keberkesanan dan kualiti dakwah.
  • Kepedulian untuk mencapai matlamat dakwah dan menanggung kepayahannya.
  • Kepedulian untuk proaktif dan sentiasa ke depan di dalam amal dakwi.
  • Kepedulian mempertahankan dakwah dan menolak serangan terhadap dakwah.
  • Kepedulian mentajmik dan mendapatkan bilangan pendokong dakwah serta memberikan petunjuk kepada manusia.
  • Kepedulian untuk bersifat jiddiyah (keseriusan) di dalam menyumbang dan berkesan di dalam menghasilkan sesuatu.
  • Ijabiyah dan penglibatan aktif di dalam setiap mas’uliyyah dakwah.
  • Menyuburkan iklim optimis, harapan dan positif sehingga timbul perasaan untuk menyumbang, proaktif, bersaing dan mentajdid daya kecergasan berharokah.
  • Mempelajari pengalaman orang lain dalam menyumbang di lapangan dakwah.
  • Meningkatkan daya kompetensi. Kata Salafusolih; “orang yang terkedepan dalam melakukan amal solih adalah mereka yang hampir tingkat muqorrobin..”.
  • Mengutamakan aspek praktikal dari aspek teori, melebihkan aspek pelaksanaan dari aspek perdebatan kalam, berteori dan berfalsafah, dan tenggelam dalam perbincangan yang tidak bermanfaat.
  • Merasai tanggungjawab dakwah sebagaimana perasaan masuliyah da’wiyah burung Hud-Hud kepada Nabi Sulaiman a.s.
Moga stamina dan kecergasan harokah kita terus kekal dan maintain.
Ustaz Mohd Azizee bin Hasan,
Naib YDP ISMA Seremban
Blog: Petunjuk Sepanjang Jalan

Sunday, January 23, 2011

cerITa SerAm,....TAkut???...JAnganNNNN...

Hati rasa kosong bila tiada peringatan.Ada je yg tak kene...so,mana yg harus dituju...Al-Quran..Al-Quran..Al-Quran..MANUAL KETENANGAN HATI.

Sejak akhir2 ni makin byk movie2 seram dari Malaysia...yg kadang2 membimbangkan bila isu2 khurafat dan syirik langsung tak diambil berat.Sedangkan 2 benda ni mengganggu gugat AQIDAH.Itu isu yg utama.

"Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dgn sesuatu)dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yg Dia kehendaki.Dan barangsiapa mempersekutukan Allah,maka SunGGUH dia telah jauh tersesat"(4;116)

Yg kedua bila manusia lebih takutkan hantu2 khayalan,hantu2 rekaan berbanding Allah

Ya,tak dinafikan hantu itu wujud..BETUL ker???...betul..sebab hantu tu adalah syaitan yg menjelma mempermainkan manusia.Dan bilamana manusia takutkan hantu,bukankah itu jugak bermaksud manusia itu takutkan syaitan??...

"Sesungguhnya syaitan2 itu adalah musuh yg nyata bg manusia"(17;53)
MusUh perlu dilawan dan ditawan bukan ditakuti!

Persoalannya sbg muslim...TAAT,ABDI,PATUH,TAKUT,CINTA...semuanya pada ALLAH s.w.t....tapi dalam situasi skrg,manusia lagi takutkan hantu...bukti????...manusia jd takut lepas menonton cerita seram...tapi manusia langsung tak endah bila buat maksiat,bila berzina...wallahua'lam.
p/s;diri ini juga perlu muhasabah...xperlu takut!pd hantu...

ApA yg sebenar perlu kita takut???

"org2 yg dikumpulkan di neraka Jahannam dgn diSERET wajahnya,mereka itulah yg plg buruk tempatnya dan plg sesat jalannya"(25;34)

"Kemudian Kami berfirman(kpd Musa n Harun)"pergilah kpd kaum yg mendustakan ayat2 Kami".Lalu Kami hancurkan mereka dgn seHANCUR2nya".(25;36)...

"Apabila mereka dilontarkan ke dalamnya,meraka mendengar SUarA neRAka yg MengerikAn,sedang neraka itu membara"(67;7)

"Dan sungguh ,Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yg dibisikkan hatinya.dan kami LeBiH DeKat kepadanya drpd urat lehernya"(50;16)

terlalu banyak AMARAN dari Allah yg MAHA PENYAYANG agar takutkan azabNYA yg pedih!tapi manusia.....cari..cari dan fikir!

Janji2 Allah dlm Al-Quran lagi sttnya lg menggerunkan hati mereka yg bergelar muslim dr gerun n takut pd cerita2 seram yg khayalan mainan perasaan...

p/s:saya dah takde alasan untuk takut lagi pada hantu....saya akan cuba..insyaAllah!

Neraka itu yg jauh lg menggerunkan.Azab Allah itu jauh,sangat2 mengerikan,menyeramkan,mengGERUNkan!!!

Finally....

"Wahai orang2 yg BERIMAN,peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat2 yg kasar, dan keras, yg tidak derhaka kpd Allah terhadap apa yg diperintahkan kpd mereka dan selalu mengerjakan ape yg diperintahkan."(66;6)

wallahua'lam....

Monday, January 17, 2011

HampI...tHe st0Ne cItY...


                                                    banyak betul susunan batu yg macam nih...

          banyaaaaaaaaaaaaakkkk batu......tHe St0nE ciTy....HampI^_^

                       Sister St0nE...nak tau citer di sebaliknya???...dulu ade 2 adik-beradik nih datang ke HampI pastu diorang macam kutuk-kutuk tempat nih...sebagai balasan diorang disumpah menjadi BAtU....hurm.......

                                                  -bergambar berlatar belakangkan Stone Carriage-


                                                Terpenjara dalam kejahilan....T_T

 Alhamdulillah..tinggal sebulan lagi untuk duduk di India.Kene la jalan puas2 melawat tempat2 menarik kat India nih..So.....tempat pilihan kali nih....HaMpI...tHe St0nE cItY...^_^..memang banyak batu pon kat sini..
 Basically,hampi ni sebenarnya tempat peninggalan Tamadun Hindu dulu2...s0 tempat nih mostlay terdiri daripada temple2 yang beraneka saiz dan rekaannya...and of courselah kami semua melawat semua temple2 tu...h0hoh0...tapi sekadar suka2 ambil gambar je.

                                ....... bergambar dgn budak2 tempe...

Alhamdulillah,walaupun kami melawat temple,hati kami tetap pada Islam....haish..mana mungkin bisa tertarik pada agama lain sedangkan Islam jua yang mententeramkan hati.Tengah2 jelajah...kami duduk berehat bawah pokok sambil cerita2 pasal Salman Al-farisi...pasal Sultan Muhammad Al-Fatih....dan sebagainya...sejarah Tamadun Islam ternyata lebih mengagumkan berbanding sejarah tamadun lain...lagi2 tamadun Hindu yang banyak sangat unsur2 kedongengannya...huhu...


 Bangunan nih ada unsur2 seni bina Islam...huhu..masih belum berpeluang mengembara ke Andalusia....
Monolitic Bull.........besar sungguh lembu nih...huhu...

ya Allah..moga Kau jauhkan kami dari kejahilan,kekufuran....Tunjukkkan kami dengan cahaya hidayahMu yang tidak kunjung malap....Masukkan kami dalam golongan hamba2Mu yang berimanlagi bertaqwa=)..ameen2 ya Rabb.




Wednesday, December 22, 2010

winter camp '10

Salam alaik...Winter camp 2010 kali ni menambah cerita dalam diari hari2 terakhir di India..Alhamdulillah=)...ternyata pujukan kak mus tak sia2...kakak naqibah yg harap sgt2 adik2nya pegi program ni..hehe...thanks kak mus..byk yg zam dpt,insyaAllah.

Perjalanan ke Tamil Nadu ambil masa 4 jam.Bertolak ke sana pukul 8 malam dan sampai dalam pukul 11 lebih...Dalam hati risau jugak memandangkan peserta manipal 3 orang je...sekali pulak pihak penganjur mmg dah susun semua ikut group...hatta bilik...group LDK...senuanya utk saling berkenalan.Kak ana and kak fad naik TT(tempo traveler) yg lain...dan saya,fatin and hidayah satu tt yg lain...first time naik tt semangat la jugak.hihi..

Sampai sana terus tido...SEJUK!!!!


ape yg best????
nasyid tema yg semangat!!!^_^..and of course yg nyanyi pon semangat.

Pengisian  yg mantap...from Dr Zulkifli Dr. Murizah..husband and wife..so sweet...both are consultant...mmg mantap la 2 tokoh nih..menyemarakkan semangat saya utk terus berjuang dalam kepakaran nih...bidang kedoktoran..Dr.Zul consultant utk Head and Neck Surgery and Dr Murizah pulak consultant utk OBG....

Talk yg dikongsi...
Medic as Career....Medic as Dakwah....Medic as Ibadah...yg plg hangat...Forumnya...KENAPA MESTI DISTINCTION???
semuanya membakar...dalam hati mg Allah tanamkan semangat nih dlam2 biar menyala lama2...tak padam2...mg mata hati ni terus terbuka utk berjuang demi ummah...semuanya demi kebangkitan ummah...semuanya utk elak fitnah terhadap agama dan terhadap ummah...

Xplorace....sgt mantap!!!...cam real yg dalam tv..hihi...sebabnya setiap check point tu kene pegi gune TT..ape lagi main lumba kereta la...yg lawaknya baiyya driver tu pulak tak fahan yg kitorang tgh berlumba..boleh pulak dia kasi can tt lain jalan dulu....and yg uniknya sambil memenuhi setiap check point tu...kami kene ambil gambar yg punya maksud tertentu...gambar tu kene menggambarkan Islam paksaan...Islam ikhtiari(pilihan)...gambar kejahilan...kezaliman....dan satu video keharmonian...ade satu check point tu kene bina masjid yg macam mula2 nabi bina kt madinah...bertiangkan batang kurma dan berbumbungkan pelepah...3-dimension....kreatif kan???

Nite Walk .....bukan jalan kosong...jalannya penih dgn sesi memerah otak....mengkaji sejauh mana kebenaran Islam sbg satu2nya agama yg Allah iktiraf....bermula dgn Surah al-imraan..ayat 64..
Katakanlah (Muhammad),wahai ahli kitab! marilah kita menuju kepada satu kalimah(pegangan) yg sama antara kami dan kamubhw kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mempersekutukanNya dgn sesuatu pun,dan kita tidak menjadikansatu sama lain tuhan selain Allah.Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka "Saksikanlah bahawa kami adalah orang muslim"..
Berpandukan ayat ini,kami diberi panduan utk merujuk kitab Veda bg agama hindu dan Bible ut
k agama kristian...YA!!!mmg benar...kitab ini ada menyebut ttg keesaan Allah...ada satu part tu dye mention pasal Kalki Avatar!...haaaaa...bg peminat2 avatar...tahukah anda ape maksud avatar tu sendiri???...Avatar bermaksud messenger...Kalki Avatar bermaksud Final Mesenger....yg merujuk pada Nabi kita yg mulia..Nabi Muhammad s.a.w...itu dalam kitab Hindu...Bible pulak dgn Old Testament n New Testament dye....disebabkan peralihan bahasa yg banyak...dari bahasa sanskrit-bahasa greek....etc..etc...banyak berlaku perubahan maksud dlm Bible itu sendiri...jika dikaji Bible yg asal...percaya tak ada kebenaran terselit di situ....sejauh mana manusia cuba mennyembunyikan kebenaran...tapi dgn kehendak Allah takde ape yg boleh disorokkan...Nabi Muhammad yg kenabiannya dinafikan golongan Kristian pon sebenarnya termaktub dlm Bible yg aslinya adalah Injil...nampak kuasa Allah di situ???....Subhanallah!
tapi di sini hanya utk penambahan ilmu...menunjukkan pada kita yg penganut agama lain juga suka taqlid buta...tak mengkaji kitab mereka sendiri...nah!...kena pada diri sendiri balik rasanya!!!..cukupkah kita mengkaji kitab sendiri....Al-Quran???...kitab yg terpelihara keasliannya...yg langsung takde perubahan...ayat2 yg sama pada zaman nabi dan zaman kita....

Lailatun Nisa'...LAilatul Rijal 
ni pulak program Pillow Talk bg ikhwah dan akhawat.....x berlaku sbrg ikhtilat..program ni diasingkan sama sekali.Perkongsian hati ke hati dr Dr murizah buat puteri2 bakal pejuang...bg ikhwah ade program tersendiri.Alhamdulillah perkongsian pengalaman dr Dr Murizah yg lebih mesra dipanggil k.Muri....menyuntik semangat!!!...Ya Allah kuatkan aku demi Ummah!

byk lagi boleh diceritakan...tapi dah penat menaip..byk lagi tugasan...Alhamdulillah peluang ini akan saya cuba rebut lagi...Bersama Akhawat..kenangan itu akan jadi lebih indah sbb fikrahnya sama..cintanya sama...matlamatnya sama...insyaAllah...waallahua'lam...doakan saya=) 



Tuesday, December 7, 2010

cerita ttg india

Salam alaik...insyaAllah..dah tak lama...tinggal lagi 2 bulan nak tinggalkan bumi manipal ni..bumi India.Haish...dlm hati mmg dah tak sabar nk balik malaysia..mmg tak sabar...tapi bila pikir2 balik...mesti akan rindu manipal....

Sebelum ni,ade kawan saya suggest tulis experience kt india...but saya tak tau nak tulis pasal ape...huhu...thats because...cause saya just duduk kat manipal..bandar kecil...not so much to tell.
BUT...mungkin dah saat2 akhir saya bernafas di sini saya kene menghargai semua disekeliling saya..lepas nih tak rase dah...dgn kebingitan buniy hon nyer....kesesakan manusianya...auto dgn hitam kuningnya..hihi=)

Well2...life is just so simple here...bgn pagi gi kls...of course jalan kaki...n then breakfast kat kedai akka Sonia...Cheese puff,egg puff,sandwich,..C0ld c0ffee...mango milk shake...hahaha...sumenyer sedap2 n bisa menggemukkan...oh yeahhh!!!...pastu again kelas..kelas...kelas.....sampai la petang...n petang depends sape nk masak2 ke,nak gi jogging ke..nak lepak2 ngan kawan2 kt c0ffee day,f00dcourt....gi end point...sembang2 kedai kopi kat umah....
seeeeeeeeeee...that simple...

actually sape 2yg belajar kat india kene rase cukup dgn ape yg ade...life kat sini tak seronok macam life kat UK...Ireland,Japan....or whatsoever...tapi tulah...you just have to find something yg boleh bagi you rase happy...satisfaction....kalau tak mesti asyik nak balik rumah je...bosan...Alhamdulillah...i'm survived!ade rahsianya..shhhhh^_^.nnt share...manipal kecik tapi INDIA besaaaaaaaaarrr.dgn kawan2 and dgn semua yg berlaku di sekeliling....don't expect t00 much in life!...enjoy it....tu sebab kene selalu bersyukur...setiap ape yg Allah bagi thats the best for you...Buat yg terbaik of course Allah bagi yg terbaik..Allah tak pernah menzalimi hamba2NYA...eik..mcm mana blh sampai sini...

oh yeah...life in manipal............lain kali la pulak ngomel..nak bace utk posting commed nih...water treatment plan...PHC,CHC...bla..bla..bla......sok exam commed ok..=)..gud luck



Thursday, December 2, 2010

doktor pon manusia...

salam alaik...huhu...cam emo je tajuk tu...mmg pon..emotional x stabil..kondisi diri yg tak membenarkan die utk stabil...so layan je la....Semalam tepon mak ngadu sakit tekak @ pharyngitis and demam...huhu....x matured langsung kan??..tp suara n pujukan mak ubat yg plg mujarab...mungkin ade org x bgtahu mak bile dye sakit takut mak bimbang...tapi saya tak!....sakit je kena tepon mak...sebab itu first line..first choice of drug utk sume sakit saya....

And mak selalu cakap..."napelah anak mak yg nk jadi doktor nih jugak yg selalu sakit?...memang betul cakap mak...dari kecik saya yg selalu sakit...MACAM2!!!...start ngan epilepsy...eczema...cold sume tuh jgn cakap lah...yg penting anak nih yg byk abeskan duit utk bayar ubat hospital...hihi.

tapi saya bagi jawapan yg same kt mak....sbb nk jadi doktor lah Allah bagi experience utk saya rasa semua nih....supaya saya dpt memahami patient dgn lbh baik satu hari nnt...sbb walaupun sakit dye ringan je....setakat sakit tekak...tp kalau dah sakit tuh sakit jugak.... seringan mana pon pesakit tu alami....jgn ambil mudah....cuba ubati sakit dye sebaik mungkin...itu dah tanggungjawab...kita usaha kurangkan sakit dye....dan lainnya terserah pada Allah.

so jgn mengeluh...tiap ape yg Allah bagi ada hikmah...terserah kita nak ambil ia sebagai satu ibrah @ pengajaran or just biarkan ia berlalu cam angin je...

yg bakal sihat....^_^

Monday, October 4, 2010

JASSI 2010...Docs Beyond Borders

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh...Subhanallah..Alhamdulillah..wa Lailahailallah waAllahu Akbar..
Segala puji bg Allah...Tuhan sekalian alam...Maha penyayang..Maha Pemurah pd hamba2NYA..
Perkongsian ini dicatat khas buat sahabat2 atas keimanan...semuanya demi cita2 yg satu,..bersama kalian ke syurga.iA...(ade bunyi2 sinergi sket..maklumlah baru abes bace novel tu..=)...sempoi2 jela ek...

01/10/10
"Kita merancang,Allah juga merancang.Dan sesungguhnya Allahlah sebaik2 perancang"....Wamakaru wamakarallah..wallahu khairul makirin"...
itulah ape yg terjadi time nak pergi ke JASSI 2010 kat Mangalore.Gara2 kekecohan yg berlaku ade yg terpaksa menarik diri.Tapi alhamdulillah...rombongan dari Manipal tetap dgn plan asal...x berganjak...malah tmbh bersemangat utk ke JASSI yg berkubu di Summersand Beach Resort.

Alhamdulillah,dipendekkan cerita selesai pendaftaran,makan dan solat jemaah....sesi perasmian bermula....
Bagi diri saya personally,saya ternanti2kan siapakah jemputan JASSI pd kali ini.....kalau yg lepas ada Prof Ikram,Prof Latif and Ustaz Marzuq...kali ni...jeng3....alhamdulillah....alhamdulillah...alhamdulillah....

Panel jemputan kali ni...1)Ustaz Dr. Jamnul Azhar b. Muskan...2)Dr. Munawwar...3)Bro. Razwan
.sedikit background al-Fadhil ustaz...my favourite panel..my murabbi dlm profesional kedoktoran..
Ustaz Jamnul...double degree dlm medic and syariah dr Uni al-Azhar,ade 2 klinik persendirian...pernah buat aktiviti kemasyarakatan di Acheh,Darfur,...and the latest Palestin..ustaz sebelum ni saye just dgr dlm ceramah  time ikot abah..so kali ni saya bersemangat nk dgr dr sudut lain pulak.
Dr. Munawwar pulak is an ER specialist,wakil dari PPIM..IMAM student chapter
and the last one Bro Razwan,wakil dari IKRAM....ini semua blm penting...yg penting apa yg mereka bawa utk kami....itu yg plg berharga...itu yg plg mahal.

Malam tu jugak ade sesi ice breaking...taaruf...kami diagihkan kepada group D,Z,A,M,H,R,T,U,N...kene lukis bendera and main tali.Acara menghidupkan suasana dan membantu mengeratkan silaturrahim.

02/10/10
Hari kedua...hari plg best...Solat subuh berjemaah..perkara yg liat sgt nk buat kt rumah..tp kat sini kami diarah...bangun 5.15...semua bergerak ke surau...satu tarbiyyah.Terasa kemanisannya bg hati2 yg betul2 ingin merasainya.=)

Sesi 1:Life as a Medical Student or Medical Officer
After breakfast...peserta dibahagikan mengikut tahun pengajian..first and second year  in 1 group and 3rd and above the 2 gp...mengikut exposure msg2.Bagi yg 3rd year and above dapat ikot  sesi bersama dgn Dr Munawwar...kitorang diskus kt dewan atas je.Lepak.Siap duduk bersila lagi.Kat situ terasa hubungan kami dgn Dr. Munawwar erat..mcm dah lama kenal...sense of ukhuwah=)
Dlm suasana mcm tulah byk sgt perkara yg Dr kongsikan dgn kami..profesion sbg doktor...expectation from patient,from masyarakat....situasi dlm hospital.
Menurut beliau, nnt bila kite abes graduate..kite akan jadi HO,MO dan seterusnya mengikut hirarki dlm hospital...so bila kite housemn...ramai lagi or di atas kita...so eventhough org kmpg sume pndg tinggi kat kite...tapi percayalah kat hosp kite still yg plg bwh.So kite kene pandai bawak diri.Maintainkan hubungan yg baik dgn sume org..dgn nurse..HOD..kerani2.Kalau kita tak jaga hubungan dgn diorang,susah la jugak kita nk maju ke hadapan...h0h0h0...politik  kt hospital pon penting juge=).Tapi...the most important..kite kene jaga HUBUNGAN KITA DGN ALLAH..sbb bila kita jaga hubungan kita dgn Allah...Allah akan bantu kita untuk jaga hubungan kita dgn manusia....Bukankan Allah yg mencipta hati..Bukankah Allah jua yg membolak-balikkan hati seseorang???...so kembali pada Yang Maha Esa.


Itu soal hubungan..hablum minan nass baru...Dr. Munawwar jugak x lepas peluang utk suntik semangat kami utk jadi specialist dlm bidang pilihan msg2...Bermula dari kite start posting start thinking which area u want to specialize for....Islam needs us...kalau betul kite mengaku kitalah genius..kitalah budak2..pelajar2 pandai yg JPA MARA kasi scholar....so why not choose to do specialist???...yup...saya x boleh cakap yg saya pasti akan buat specialist..tapi insyaAllah saya mohon Allah perdalamkan kefahaman saya...Allah permudahkan saya..Allah bagi saya jalan untuk jadi pakar.Minta Allah jadikan saya lebih bijak lebih pandai..minta kawan2 saya semua pandai dan diberi KEFAHAMAN ISLAM agar kita bergerak sbg satu unit yg teguh...yang mantap..yg profesional yg tak dipandang rendah oleh agama lain.

Then, Dr sambung isu yg membuatkan mata kami kian membulat....Isu GAJI.....senyuman kami mula melebar...tapi malu2...Isu KAHWIN...no comment....=)...xperlu nak diulas panjang...semuanya memerlukan perancangan yg betul.Islam itu cantik dan mencantikkan pengamalnya....Habis perkongsian berharga dgn Dr Munawwar dgn gaya seorang abang yg cuba membantu adek2nya yg still confius.Jazakillah Dr.


Sesi 2 : Fiqh Medicine
Sesi bersama Ustaz  Dr. Jamnul Azhar yg sgt2 mencuit hati....JGN KEMANA-MANA......hehehe=)
"Doktor adalah orang pertama yg akan masuk SYURGA jika dia FAHAM"
Ustaz berjaya pancing kami dgn kata2nya diatas...sapa yg tak terliur dgn syurga yg kenikmatannya...keindahannya tak terbayang dek mata...tak tergambar dek akal...Betul ker???.....haaaaa...tapi bukan doktor yg biasa2...ini khas untuk doktor MUSLIM..doktor yg menginfakkan hidupnya utk islam dan ummatnya...kerana Allah.
So macam mana persiapan kita untuk jadi doktor yg ade kriteria tue????

Kita kene faham Islam agama yg mudah...langsung tidak membebankan ummatnya asalkan kene dgn caranya.Solat itu WAJIB...tak boleh ditinggalkan dgn apa alasan pon...so bila sakit boleh tinggal solat tak????.....TAK BOLEH...so patient kene solat tak????..KENA.

Ustaz mulakan Fiqh Medicine sesion dgn isu wudhu and tayammum bg patient yg ade open wound eg burns ,close wound eg surgery,immobilized patient and so on...saya ringkaskan utk mudah faham....

 Kes 1
Patient with open wound yg tidak melibatkan anggota wudhu' iaitu muka,tgn,sbgn kepala dan kaki....
mesti ambil wudhu...blh solat ikot kemampuan dan keselesaan.
Jika tak mampu berdiri,duduk.Jika tak mampu duduk berbaring.Jika tak mampu berbaring,gunakan kerdipan mata.Jika tak boleh juga,cukuplah di dalam hati.
Kes 2
Patient with open wound yg melibatkan anggota wudhu'...mula2 ambil wudhu' pada bghn yg boleh...lepas tu tayammum dgn niat menggantikan anggota yg tidak boleh kene air...sbg langkah menyempurnakan wudhu'.

Lepas sihat,patient tak perlu ganti atau qada' solat tadi.

Kes 3
Patient with burns...langsung tak boleh kene air...ataupun kene semen satu badan...atau sume anggota wudhu'....no other choice...TAYAMMUM....tapi after sihat ,wajib qada' solat tadi.

Kes 4
Patient yg immobilized...ambilkan wudhu' utk dye...dan dye blh solat dlm keadaan berbaring.. ikot situasi...kalo boleh gerak kepala sahaja..then gerakkan kepala...kalau kepala pon fixed...so gune isyarat mata..pejam atau tutup mata..Dalam hati niatkan utk setiap pergerakan dlm solat...as a doctor,kita pon boleh practise this method of solah utk solat sunat before kite ajar patient kita.

Kes 5
Patient loss of conciousness maybe due tu epilepsy...general anaesthesia...kena bius in operation...hukumnya bagi yg berpuasa...BATAL PUASA dan wajib qada'...

pendapat ulama....loss of conciousness LESS than 2 hours>>>>tak batal pose
                                                           MORE than 2 hours>>>>batal pose dan wajib qada'
ade ulama lain berpendapat even one second pon dah dikire batal pose...terpulang untuk berpegang kepada mana2 pendapat ulama kerana hal sebegini yg termasuk dalam moderm medicine tak ade nasr Al-Quran mahupun hadith...sbbnya zaman Nabi Muhammad s.a.w belum ada kes seperti ini...jadi ia termasuk dlm perkara2 yg dibenarkan utk dibahaskan dlm ijtihad ulama' fiqh.

Ok..serius topik di atas...sbb ia melibatkan ibadah harian kita...hukum-hakam dlm islam....
apa kaitannya dgn doktor???....kes2 atas melibatkan patient??...so why doctors....????
SEBABNYA...
 "Doktor adalah orang pertama yg akan masuk SYURGA jika dia FAHAM"

Doktor yg faham akan merasakan tugasnya sbg doktor bukan hanya merawat sign and symptoms..tetapi dia juga bertanggungjawab merawat hati...memberi nasihat.
Doktor yg faham bahawa kerjaya ini semuanya adalah amanah dari Allah...akan memberi yg terbaik kepada pesakit2 yg datang padanya....mengubati fizikal dan spiritual pesakitnya.Sebabnya doktor yg baik,have a positive,good attitude sgt2 dipercayai oleh patient...BAGAIMANA???

1) bukan semua patient yg datang, tahu bahawa solat itu wajib dilakukan  even dlm keadaan sakit...dan bg yang tahu wajib solat,mungkin tak tahu caranya...dan mereka memerlukan anda sbg orang yg paling mereka percaya...so u need to tell them...

2)gunakan kepercayaan yg diberi utk memberi nasihat yg baik pada mereka...ingatkan mereka pada Yg Maha Berkuasa....mcm tadi..utk mengubati fizikal dan spiritual..bayangkan patient yg disahkan sakit cancer...kan dia mudah putus asa,sedih,sensitive,hilang keyakinan diri...so ape tindakan anda???....
pujuklah dia..bagaimana...?....
Yakinkan dia bahawa penyakit itu datangnya dari Allah...dan Allah jugaklah yg berkuasa menyembuhkannya...biar seluruh hati dan jiwanya kembali hidup dgn berharap pada Allah.Jika benar Allah mengizinkan dia utk sihat...alhamdulillah...insyaAllah dia akan hidup sbg hamba Allah yg bersyukur...dan jika dia ditakdirkan mati...bukankah janji Allah itu yg paling benar???...Dia kembali sbg hamba yg redha dgn ujian dari tuhannya......naahhh...sekarang anda nampak dimana pelaburan yg anda...dan habuannya???


s0..percaya tak doktor akan jadi orang pertama yg masuk syurga????....dan JIKA DIA FAHAM=)

best kan jadi doktor....wink*...tp bukan mudah...perlu mujahadah.


to be continued...NX TOP STORIES : X-treme Medicine and X-plorace special....Labbaika ya Palestin...

Doa...doa...dan doa.....moga kita dlm taufiq dan hidayahnya....

besar kemungkinan byk kesilapan..byk tokok tambah...maaf2..mohon redha Allah.














































Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi...menghimpun rahmat dan maghfirah...ya Allah mg kali barakahnya melimpahi diri dan keluargaku,..sahabat handai dan guru..semua saudara seIslamku....permudahkan dan gembirakan hati saudara2ku di Palestin..ringankan kesengsaraan mereka dan berikan kekuatan pd mereka...Ajarilah didiklah hati yg jahil ini kalamMu dan barakahnya Ramadhan...ku mohon ya Allah.

Thursday, July 29, 2010

yeaaaah!!!!!sayang akak!!!!


Assalamualaikum...Alhamdulillah...gumbira sgt hari ni...sbbnye...Allah bg peluang sembang2 ngan kakak tercinta...Kami bertemu bermula sbg naqibah dan madu' slps sesi bersama kak amal berhenti ..Saya yg terkontang-kanting mencari 'something' utk diisi di dalam hati ni....Allah hantar akak utk smbg sesi Rohani Crunch nih..Alhamdulillah,antara saat terindah dlm hidup...mata hati kini hidup...iA ..ISLAM mula dekat....dah recharge...semangat akak bg kt saya juge....mg Allah kekalkan ukhwah kite..mg terjalin suci di atas jalanya yg Haq....akak,luv n miss u!!!!Ya Allah,...terima kasih atas pertemuan ini....
Saya rindukan akak...utk sesi sharing sp ini...saya rindukan akak utk kata2 semangat seperti ini....yeaaahhhh!!!!!....tp hidup x boleh terlalu bergantung...u nees to survive!!!!Tarbiyyah Kendiri...wahai Dzamharirah....Tarbiyah Kendiri
 
salam...kak zaireen..pekaba?hope chat semuanye..=)=)..
Kak Zaireen  ;..salam gal
alhamdulillah bir khayr
dzam pekabar?


Me : alhamdulillah..chat.iA
hehe
Kak Zaireen : ktne neh?cuti kn time nih?
Me : akak ktne skrg?ari tu mun da tnjk gmbr ank akak..hihi...comel2...zam kt manipal la....skg study leave....ct iA bln9
Kak Zaireen : ohh baru nk exam eh?akak teringt last yr mun balik mase poseakak kt umah d s.alam.....cuti hr neh.....smlm baru blk dr ganu
Me :
akak keje ganu ke skg
??
jauhnya
Kak Zaireen :
ehh tak
akak ikut zauj kursus
bwk baby jln23
Me :ooo..akak,name baby? 
azzam haqqi
which means keazaman yg benar
Me :boy?...zam ingt girl.....opsss....comelnya..
Kak Zaireen :   lerrr.....mujahidlah.....hehhhhh...exam strt bile?
Me :  ok2,tmbh mujahid!!!...zam pon ade mujahid br gak..muhammad shafy hadif...huhu...exam 14/8 nih
iA
 
Kak Zaireen : ank sedare?.ohh 2 wks more.....caiyok2!..berjuang mase ramadhan.....insyaAllah berkat
Me :.....mstila ank sedare...heee...iA akak...semgt tuh.
 
Kak Zaireen : ....ohh yeahh....ingt badar...if menang,alhamdulillah bonus Allah kasi.....if kalah pon syahid........kekal mewangi
Me : ....yup,iA...ain jalud gak kan...ari tuh br kongsi ngan adek2...
 
Kak Zaireen :.....yezza....alhamdulillah.........wuahh share2lh pengisian prog kat sane.....nk tau gk org kat india dpt ape....hehhh.........alhamdulillah....iskk akak teringt zaman akak usrah ngn korg.........sgt sweet
Me :    hehe..zam pon xlupe...iA sume sesi yg kite buat ade dlm ingatan  
 
Kak Zaireen :   wat a nikmat.......masyaALLAH.......huhuhuh.......doakn akak tsabat..lg2 ade ank ni susah sket nk gerak pantas.....slow jerk ahh
Me...:....zam jugak!...akak,bkn ke kalo dah kwn and ade ank skopnya berubah?...more towards family n anak2....ur opinion plis?
 
Kak Zaireenyes it is...itupon one of the things akak dpt mase g knowanis last sunday....idealistic nyer gitulah.....tp memandgkn now most of us obliged to work.....n also the surrounding yg sgtlh menyesakkn jiwe....we need to compromise so tat we also can contribute to the umat.......compromise not to the extent tat we sacrifice the essential things in our baitul.....now neh,akak tgh blajar nk bg my level best 4 all d roles on my shoulders....doakan akak tau.....kesimpulannyer manfaatkn mase kite sorg neh.....pulun nak hafazan n dakwah fardiah....tambah ilmu....ukhwah......jaulah...semuanyer.....sbbnyer nnti bile dah berdua n bertiga n insyaAllah bertambah2 lagik....our responsibility n focus will b more rtowards it....wuahh panjang neh......sempat bace tak
 
Me :.......nih yg wat zam rindu kt akak nih...smpt2...mg smpt ke ati gak
Kak Zaireen  :...insyaALLAH....akak now neh tgh nak compose back.......and gearing up back....lame gak akak bercuti usrah n prog......pantang je 2 bulan....pastu mase baby kecik2 neg.....mak akakx kasi bwk kuar malam........so kena tunggu die besar sket........baruler akak bley terbang balik......tgh kipas2 sayap akka lah ni......heheheh
Me :.....hehehe..xpe akak,pasni angkut azzam gi mana2...biar dye kuat n mantap!.....zam tgk akhawat mesir....anak2 diorg....ke mana saje diangkut biar tahan lasak....smgt!
Kak...Zaireen :..yes and mmg itulah tarbiyyah paling baik utk aulad neh......so tat die dah rase bersamaan dgn ikhwah akhwat since small.....die akan biase dgn ayat quran....solat jemaah...akka sebenarnyer happy nak bwk die g prog......ramai akhwat yg single yg akan tolong..........boley akka rehat jap
 
Me :
hehehe..sabo jele
br sorg kak



Kak Zaireen :
yerpp
ustaz halim dah 14 dah
huhuhu
Me
fuy000...mantap...kekayaan anak2 pon blh bwk jd kaya akhirat gak
chaiyok akak
Kak Zaireen :
caiyok2
hehhehe
macam dzam neh
tahun neh tak balik lah yer
2:33pmMe
blk kak...
iA
ct sbln nnt.


iA...mg ketemu=)





Wednesday, July 28, 2010

Mengejar Pengiktirafan Manusia...ingatlah wahai diri!

Apabila kita melakukan kebaikan yang terlihat oleh orang lain, pasti ada yang mengatakan,
" Wah! Baguslah awak.", " Awak memang baik.", "Jarang jumpa orang macam awak.", " Hebatnya!". Paling tidak pun, akan ada yang tersenyum menandakan sebuah penghargaan kepada kita. Lantas kira menjadi termotivasi dan bersemangat untuk terus melakukan kebaikan. Kita merasakan ada nilainya kebaikaan tersebut pada pandangan mata manusia. Bagaimanakah pula keadaannya apabila ada yang mengatakan "Eleh, tu nak tunjuk baik la tu.", "Buang masa awak saja buat macam tu.", " Jangan buat macam tu lagi lain kali!.", apakah kesannya kepada diri kita? Adakah kita masih terus melakukan kebaikan tersebut atau kita meninggalkannya? Kesan yang berlaku atas diri kita daripada respons positif dan negatif orang lain ini menjadi indaktor kepada keikhlasan kita dalam beramal.

 Nilai sesebuah amal itu tidak dapat ditentukan berdasarkan kepada pujian manusia. Apa yang lebih penting adalah nilai yang Allah gariskan dalam Al-Quran atau yang ditekankan oleh Rasulullah dalam Hadith baginda. Apabila telah ada saranan untuk melakukan sesebuah amal daripada Allah dan Rasul, maka ia tetap mempunyai nilai yang tinggi sama ada orang lain memuji atau mengeji. Dalam ertikata lain, orang yang ikhlas tidak akan berganjak sedikitpun daripada sebuah amal yang baik, bahkan dia sentiasa istiqamah dengan kebaikan. Tidak bertambah kerana pujian, atau berkurang kerana kejian. Berbeza dengan seseorang yang mengejar pengiktirafan manusia, bila dipuji dia berbangga dan menambah lagi kebaikan, bila dikeji dia merasakan seolah-olah azab Allah menimpanya lalu dia meninggalkan amal baik tersebut. Konsistensi amalannya bergantung kepada respons manusia terhadapnya.

Seseorang yang saya maksudkan tersebut boleh jadi kita sendiri, termasuk saya yang menulis. Pernahkah kadang-kadang kita merasa kagum dengan mujahid Islam yang syahid lantas kita juga bercita-cita untuk syahid sepertinya? Namun jauh di sudut hati kecil kita bersuara, " Tentu aku akan dikenang orang." Pernahkan kita membaca karya agung Ulama-ulama silam lantas kita bersuara, " Tentu orang akan menyanjungi aku." Tatkala kita melayani perasaan tersebut dan berusaha mengejar pengiktirafan manusia, maka amal kita telah dicemari dan tidak lagi ikhlas. Namun kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perasaan tersebut daripada timbul sama sekali, apa yang boleh kita usahakan ialah menentangnya dan melawannya.

Oleh itu, matlamat yang jelas perlu ditentukan sejak kita berniat melakukan sebuah amal sehinggalah kita habis melaksanakannya. Keikhlasan itu perlu dijaga sebelum, ketika, dan setelah melakukan sebuah amal. Susah memang susah, sebab itulah perlunya mujahadah. Sampai bila? Sampai kita bertemu Allah. Saya masih ingat pesan Ustaz Che; Abdul Majid yang pernah saya kenali di Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya dulu;

Berbuat baik ayuhai teman,
Ke dalam laut engkau campakkan,
Kalau tidak dikenal ikan,
Tuhanmu tahu iyakah, bukan

Bait syair di atas menyeru supaya kita ikhlas melakukan sesebuah amal hanya untuk keredhaan Allah dan hanya untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah. Amal yang baik itu takkan sekali-kali disiarkan oleh Allah. Bahkan yang terdetik di sudut hati kita juga tak pernah terlepas daripada pandangan Allah. Biarlah Allah yang menilai kebaikan kita dan memberikan ganjaran di akhirat. Firman Allah:

" Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedangkan Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (At-Taubah" 16)

Saya pernah dengar sebuah kata hukmah, "Jika kamu tamakkan apa yang ada di sisi manusia, kamu akan dibenci Allah, kamu akan disanjung manusia." Bahkan dalam memuji juga kita harus berhati-hati. Boleh jadi pujian kita itu akan menghancurkan saudara seagama kita. Pujilah sekadar yang perlu dan kembalikanlah hak menilai itu kepada Allah. Dalam sebuah Hadith, Rasulullah berpesan;

" Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya : Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya : " Celaka kamu. Bereti kamu memenggal leher saudara kamu.(Kata-kata itu baginda ucapkan banyak kali). Apabila seseorang kamu memuji saudaranta, seharusnya dia berkata, " Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilai selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu." (HR Muslim)

Jika ada yang memujimu, katakalah "Alhamdulillah" dengan sebenar-benarnya.

Wallahua'lam


Mengejar Pengiktirafan manusia 

Saturday, July 3, 2010

Saya solat 5 waktu tapi.....

Ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja Dan pada masa lainnya saya lupa padaNya
Jika Solat saya 10 minit,maka cuma 10 minit itu saja ingat pada Nya
Mungkin dalam 10 minit itu pun saya masih ingat selain drpd Nya.
Sujud, rukuk, iktidal dalam solat saya masih kosong...

Saya solat lima waktu tapi....
Saya tidak bersyukur pada Nya
Padahal dulunya saya amat susah,
Allah yang memberi rezeki pada saya
Dengan rezeki itu saya dapat membeli rumah
Dengan rezeki itu saya dapat menampung keluarga
Dengan rezeki itu saya dapat membeli kendaraan dan sebagainya
Tapi.. hati saya masih belum puas
Saya masih tamak akan harta dunia dan masih menganggap serba kekurangan

Saya solat lima waktu tapi.. ..
Saya masih menggunakan perkataan yang tidak sopan kepada teman teman
Saya sering menyakiti hati mereka
Saya sering menghina mereka
Saya sering membohongi mereka dengan kata2 dusta
Saya sering menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa saya saja yang paling baik
Pada hal saya sendiri tidak tahu persis tempat saya di mahsyar nanti

Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih sombong dengan ilmu yang saya miliki
Saya masih sombong dengan amal perbuatan yang telah saya perbuat
Saya masih sombong dengan ibadah yang saya lakukan
Saya masih sombong dan menganggap sayalah yang paling pandai
Saya masih sombong dan merasa saya paling dekat dengan Allah SWT

Dengan berbagai macam cara dan berbagai argumen saya berdebat mereka yang tidak sehaluan dengan saya. Padahal saya sendiri belum tahu,
redhakah Allah SWT dengan apa yang telah saya perbuat itu?

Saya solat lima waktu tapi... .
Saya masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh-musuhku
Saya menggunakan wang bahkan harta serta pangkat dan kekuasaan untuk menjatuhkan manusia yang saya tidak suka

Saya solat lima waktu tapi....
Saya amat bakhil dan kikir mengeluarkan wang untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin atau kepada anak yatim piatu kerena saya takut hartaku habis dan jatuh miskin

Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menyimpan sifat dengki dan khianat kepada teman teman yang sukses dinaikkan pangkatnya atau dinaikan gajinya dan atau berhasil dalam usahanya,
padahal mereka berusaha dan bekerja sungguh sungguh,
tapi saya hanya bekerja seperti hidup segan mati tak mau!

Saya solat lima waktu tapi....
Saya mengabaikan anak isteri yang kelaparan dan menderita di rumah,
kerena saya merasa sebagai raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati

Saya solat lima waktu tapi... .
masih merungut dan mencaci maki bila saya ditimpa musibah,
walaupun sebenarnya saya tahu sesuatu musibah itu datangnya dari Allah,
kerana perbuatan dan sikap saya sendiri
seharusnya saya sedar kepada siapakah saya mencaci maki itu?

Saya solat lima waktu tapi....
Menuntut ilmu semata mata mempersiapkan diri untuk berdebat dengan orang lain atau untuk menduga keilmuan mereka dan sengaja mencari cari yang tidak sehaluan dengan saya,
dan memaksa mereka mengikuti jejak langkah saya,
padahal seharusnya saya sedar tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal soleh dan beribadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah (mempersekutukan Allah SWT dengan yang lainnya)

Saya solat lima waktu tapi....
Saya enggan melaksanakan serta kurang bahkan tidak faham dengan firman Allah SWT dalam Al Quran QS: 29 : (Al-Ankabut) : 45 yang ertinya :-

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.
Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat)adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Saya solat lima waktu tapi....
Saya tidak faham dan tidak tahu dan tidak menjalankan dengan benar firman Allah dalam QS 107. (Al Maa´uun) : yang artinya:-

1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama ?
2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim
3. dan Tidak menganjurkan memberi makan orang miskin
4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat
5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya
6. orang-orang yang berbuat riya
7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna.

by:Amal Raihan

Wednesday, June 23, 2010

gagal lagi???....

Salam alaik...24/06/2010...takde ape pon yg special dgn tarikh nih cuma tetibe semalam pelas ambik result.....sedih......kegagalan utk kedua kalinya...seronok tengok result kawan2 yg lain...Alhamdulillah diorang sgt mantap!....kesedihan ni bukan utk diri sendiri tapi sedih bila teringat kata2 mak bila bagitau pasal result yg x cantik nih...T_T.....
Ada nada sedih dlm suara mak..."gagal lagi?...bukan hari tu dah ok ke??".....oo0ps....mak,maaf,anak mak ni masih x mampu nak maintainkan sebaik yb boleh.....
Kdg2 tertanya jugak,mampu ke dzamharirah utk meneruskan langkah utk bergelar doktor ni.....cakap nak jadi doktor memang senang.Boleh dicanang serata kampung bila anak cucu ade yg nak jadi doktor...tap hanya Allah yg tahu kesukaran ,liku2 yg kene ditempuh...Mungkin bagi yg bertuah......tak perlu baca bukupon bolah score.Study last minute pon still successful....tuh bagi yg berkelebihan...
tapi bagi student yg perlu bertungkus lumus dr awal.......still kdg2 result tak menyebelahi kita...Nauzubillah...bukan sekali2 diri ini cuba mengalahkan takdir Ilahi....
Bukankah setiap ujian itu berbeza bg setiap hambaNYA...Allah paling kenal siapa kita....Allah paling tahu cara terbaik mengajar kita erti kehidupan....

so,Dzamharirah kena terus kuat berusaha!!!!Allah takkan beri s0mething tuh  free je...and selalunya yg free tu tak best...so,struggle ok.....Dunia dan Akhirat..bangunkan keduanya...
insyaAllah...

Sunday, June 6, 2010

hidupkan hati..

bismillahirrahmanir rahim....ku mulakan dgn nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha Pengasih...ade orang kate kat saye....bila mulakan nama Allah...kene semangat!ada kekuatan di situ...bukan sekadar di lidah...sekadar tuturan pembuka bicara...tapi bila kita mulakan sesuatu cuba rasakan bagaimana perasaan para sahabat bila mereka berjuang bermula dgn  kalimah nama Allah ini....TAKBIR!
HIDUPKAN HATIMU
alhamdulillah....usrah smlm yg sekejap rasenyer tertembus ke hati....Allah tak tinggalkan aku...dah lama bersembunyi..."seronok' dalam diam...meninggalkan sesuatu yg begitu berharga....sampai jatuh tak sedar pon sedalam mana...

Apa yg ku tinggalkan .....
SOLAT MALAM....TAHAJJUD

selama ni tercari2 apa yg aku hilang....semalam tetibe akak tanya pasal qiamullail.....terasa jauh sgt kat situ....kenapa????
Ya Allah...Allah....Allah...
nikmat itu telah aku tinggalkan.....
kuatkan aku...kuatkan aku...utk kembali mencari nikmat itu!!!!
hidupkan hati!!!!!insyaAllah

Sunday, May 30, 2010

Saturday, May 29, 2010

Qum!!!....Bangkitlah!

Wahai UMAT QURAN!

‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkutbahkan, “Suara Langit” di
bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan segala kepenuhan
dan ketekunan.
Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang
mampu menyapu kegelapan.
Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan Bumi dengan Langit tidak patah
atau terputus.

(1) Qum, Faanzir !
Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan. Barisan dan kesatuan Umat.
Canangkan seruan dan ancaman. Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang
kebenaran. Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran.
Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan! Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama
Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.

(2) Worabbaka fakabbir
Besarkan Tuhanmu, di atas segala! Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya. Tiada kekuasaan yang
menyamai KekuasaanNya. Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dan urusan dan kepentingan
menjalankan perintahNya. Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar. Fana, lenyap dan binasa segala dalam
ke BaqaanNya. Tiada ketakutan selain dan lazab, siksaNya yang akan menimpa.
Tiada harapan selain dan ke RidhaanNya belaka. Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung dengan
Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu.

(3) Wathiabaka fathahhir!
Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu! Hanya dengan kesucian ruh jua Amanah dan Risalah ini dapat
engkau jalankan.
Risalah dan Amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumur
dosa dan noda.
Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini.
Sucikanlah dirimu, lahir dan batin, baru engkau ajar manusai menempuh tugas dan beban berat ini.
Thahirum muthahir suci dan mensucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati.
Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia. Jiwa
yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti dunia dan manusia.

(4) Warrujza fahjur !
Jauhilah maksiat, singkiri mungkarat! Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah
riwayatmu.
Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu
akan cemar dihadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan jauhi.
Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu dan maksiat dan mungkarat dan
dosa dan noda.
Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembab kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat
dan mungkarat telah menjadi pakaiannya. Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh, adalah
program perjuanganmu. A1-Haq yang mesti dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara
dan jihadmu.

(5) Wala tumnun tastakthir’
Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak!
Jalankan tugas ini tanpa mengharapran balasan dan ganjaran dan manusia ramai.
Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntungan
benda dan material.
Kekayaan manusia tidak cukup untuk “membalas” jasamu yang tidak ternilai itu. Bukankah tanpa engkau,
masyarakat ini akan kering dan ketiadaan Iman, kepercayaan dan, pegangan?
Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa
engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?
Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan
tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan.
Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

(6) Walirabbika fasybir !
Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar!
Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala
kesabaran dan ketahanan.
Sabar menerima musyibah yang menimpa, ujian dan percubaan yang datang silih berganti. Sabar
menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu berpucuk dan berbuah.
Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak seimbang
dengan kegiatan dan pengorbanan yang diberikan. Hanya Ummat yang sabar yang akan mendapat
kejayaan sejati dan kemenangan hakiki. Hanya Ummat yang sabar yang akan sampai kepada tujuan.
Haza dzikrun!

Inilah enam peringatan dan enam arahan!
Untuk Mujahid Dakwah. Syahibud Dakwah, si Tukang Seru.
Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa
engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?
Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang kedunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan
tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan.
Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

sumber:....Usrah dan Dakwah..Imam Hasan al-Banna

Friday, May 28, 2010

Allah is always by ur side =)

• When you are tired and discouraged from fruitless efforts... ALLAH knows how hard you have tried.

• When you've cried so long and your heart is in anguish... ALLAH has counted your tears.

• If you feel that your life is on hold and time has passed you by... ALLAH is waiting with you.

• When you're lonely and your friends are too busy even for a phone call.. ALLAH is by your side.

• When you think you've tried everything and don't know where to turn... ALLAH has a solution.

• When nothing makes sense and you are confused or frustrated... ALLAH has the answer.

• If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope ... ALLAH has whispered to you.

• When things are going well and you have much to be thankful for... ALLAH has blessed you.

• When something joyful happens and you are filled with awe... ALLAH has smiled upon you.

• When you have a purpose to fulfill and a dream to follow... ALLAH has opened your eyes and called you by name.

Monday, May 24, 2010

musim peperiksaan bermula..

salam alaik...dah lame blog nih x diupdate...gagal nak istiqamah utk tulis kt blog nih....maklumlah bakat menulis nih kurang skit...

nampaknya blog nih akan bertambah sawangnya memandangkan musim peperiksaan bakal menjelang next week...buku akan jadi teman setia...laptop jadi tatapan hanya utk halwa telinga dan mata bila mengantuk.
Banyak betul nak kene cover this block...lagi2 dah nak unis...tak tau la mampu ke tidak utk mengkhatamkan segalanya..Khatam tuh rasenyer blh jer ,insyaAllah tapi kalau sekadar tumpang lalu je takde faedahnya...baca biar lekat..sbb ilmu bkn di kitab...fuh,teringat pesan ustaz waktu kat sekolah arab kat kampung dulu.!

Micro,pharmac,patho and forensic......semuanya memerlukan kekuatan minda...memerlukan space dlm neuron utk disimpan sebaik2nya.....waktu2 exam nih la baru nampak betapa sukarnya jalan yg dipilih....bukan senang nak jadi doktor,bkn senang nak pakai lab coat putih tu....=)

Tapi,insyaAllah,kita sandarkan semua usaha kita pada Allah....kita cuba usaha sebaik mungkin....macam dalam blog sahabat saya, Natrah....mungkin ini juga utk peringatan untuk diri saya dan kalian....bila tibanya musim peperiksaan.....waallahua'lam..

Mari alihkan perhatian semula perhatian kita terhadap core bisuness kita pada ketika ini.Medan perjuangan yang lebih relevan PADA KETIKA INI justeru kita masih bergelar mahasiswa bawah graduasi(undergraduate =).

PEPERIKSAAN@IMTIHAN

Maksud saya di sini ialah peperiksaan dunia yang kehangatannya kian terasa khususnya dalam kalangan sahabat-sahabat di Mesir.

Musim peperiksaan yang menjengah seolah-olah sama ertinya dengan bermulanya musim pertapaan masing-masing dalam 'gua' ciptaan sendiri.Mungkin juga bermulanya tempoh yang melepakkan bagi segelintirnya kerana tiada lagi kuliah yang perlu dihadiri.Atau bermula juga masanya untuk tawakuf kerja-kerja 'nilai tambah' yang sedikit sebanyak menguji konsisten dalam pembelajaran.

Apabila ditanya tentang peperiksaan,tidak dinafikan pelbagai reaksi dapat direkodkan.Exam=tekanan!!belajar kerana exam.Tak suka sbb semua orang mula menanggalkan topeng masing2.Ataupun suka sebab waktu exam yg tak baik semua jadi baik.Diri jadi lebih tekun beribadat.Kalau nak mati pun bior la mati dlm tempoh@fatrah exam sebab rasa lebih soleh~

Semua itu terpulang pada persepsi dan expectation dlm diri masing2.Cuma satu perkara yang ingin saya rakam dan kongsikan bersama di sini.

Usah sesekali kita terpedaya dengan peperiksaan...

Bagaimana mungkin exam yg tdk bernyawa itu mampu memperdaya kita?Bukan salah 'ibu mengandung' tapi salah kitalah yang telah menyempitkan hikmah dan kebijaksanaan yang terselit ~seawal usaha bermatian-matian kita dalam Ujian Pencapaian Sek Rendah..atau mungkin lebih awal drp kadar tersebut.di mana letaknya nilai jerit payah kita agaknya...

Anggaplah peperiksaan sebagai prosese pembelajaran yang membolehkan kita mengutip pengetahuan secara optimum.Pengetahuan yang kita tidak begitu cakna kecuali setelah peperiksaan kian hampir.Kita akan memastikan dengan bersungguh2 bahawa kefahaman dapat dikuasai gara-gara cuak dgn ancaman insiden yang dinamai peperiksaan.Semua soalan2 perlu mampu dijawab sebelum kaki melangkah ke dewan,supaya senyuman mampu diukir ketika langkah diatur keluar.Kamus diselak andai terdapat perkataan2 pelik yang tdk difahami.Wah,peperiksaan membuatkan kita sendiri berusaha memandaikan diri=)

Itu sahaja point yang cuba saya ketengahkan di sini.Tidak rugi berusaha bersungguh2 dalam musim peperiksaan ini walaupun bahagian yang kita usahakan itu tidak semuanya terpilih untuk kita menjawabnya kelak.Yg penting pengetahuan sudah berada dalam genggaman.Pesan Nabi SAW ilmu merupakan barang umat Islam yang tercicir,di mana saja kita dapatinya...KUTIPLAH...(WAllah a'lam)

Ya!Persediaan sebelum peperiksaan yang lebih menjadikan kita pandai(in sya' Allah), bukan kerana pangkat atau natijah yang bakal tercatat di papan itu.Yang penting kita berusaha spt org yg nak mumtaz,namun pangkat itu jualah yang kita harapkan utk menjadi taqdir terbaik.Ameen.

Khusus buat mereka yang sebelum ini tercari2 nikmat waltu itu,rasailah kemanisan peluang itu KINI, kerana kita tidak tahu bila masa pula nikmat itu akan ditarik semula.

Usaha mesti seiring dengan doa.

Takut mesti seiring dengan harap.

Apa yang penting????

Redha Allah la~

p/s: alangkah bagusnya kalau prsediaan utk peperiksaan akhirat lebih gigih drp yg ini..

Salam imtihan buat semua yang berusaha ke arah kecemerlangan.Gud luck utk semua..

Wednesday, May 19, 2010

Bismillah...
Alhamdulillah...
Subhanallah...
Allahuakbar...
Astaghfirullah....

jom cuba jadikan amalan kita...InsyaAllah tak susah.simple jer...=)