Sunday, April 29, 2012

Al-LiQaYah Al-Harakah (Semangat HAraki)

Kecergasan atau Stamina Haraki ialah kemampuan da’ie untuk berterusan dan fleksibeliti dalam memberikan kontribusi kepada dakwah berdasarkan prioriti, keperluan dan kepakaran tanpa merasa teragak-agak dan gagal. Kecergasan Haraki juga bermaksud kemampuan para du’at untuk berinteraksi dengan keperluan dakwah dan tuntutan marhalah [fasa].
Kecergasan Haraki adalah untuk memperkasa dakwah dengan melakukan latihan operasi dakwah yang berbagai-bagai, sentiasa memberikan sumbangan, kualiti pelaksanaan, memberikan bekalan ruh dan akal serta menguasai kemahiran insaniah [softskill].
Antara contoh Kecergasan Haraki ialah:
  • Rasulullah SAW tidak berhenti berjuang dan memberikan sumbangan setiap hari. Baginda menempuh 28 kali pertempuran samada Ghazwah atau Sariyah. Baginda adalah pemimpin, murobbi, mu’allim, imam, suami dan hakim.
  • Abu Ayyub al-Ansari mewakafkan kehidupannya untuk jihad walaupun usianya mencecah 80 tahun lebih. Beliau mempersiapkan dirinya untuk menawan Kota Konstantinople sehingga kuburnya terletak di tembok Kota konstantinople.
  • Asad b. Furaat, seorang faqih dari pengikut Imam Malik. Beliau bertukar dari seorang faqih menjadi pemimpin perang armada. Beliau mengetuai peperangan pembukaan Soqliah sedangkan umurnya ketika itu 70 tahun. Beliau adalah faqih qoid.
  • Syed Qutb adalah seorang pemikir Ikhwan Muslimin. Diberikan hukuman penjara hingga ke tali gantung. Beliau terus cergas berdakwah di dalam penjara sehingga menghasilkan tafsir Fi Zilal al-Quran. Katanya: “orang yang hidup untuk dirinya… yang kadang-kadang dia inginkan kerehatan, sebenarnya hidupnya adalah kerdil dan matinya kerdil… sedangkan orang yang berjiwa besar, yang sanggup menanggung kesusahan dakwah, maka tiada untuknya masa tidur, tiada masa untuk rehat, tiada masa untuk tilam yang empuk dan juga kehidupan yang tenang dan kesenangan yang merehatkan. Rasulullah SAW menjelaskan hakikat ini.. kata baginda SAW kepada isterinya Khadijah “Berlalulah masa untuk tidur wahai Khadijah”. Ya, benar, berlalulah masa untuk tidur. Tidak akan kembali semula Islam melainkan dengan berjaga malam, kepenatan dan jihad yang panjang dan sukar..”
Bagaimana membina kecergasan berharokah?
  • Niat yang benar serta ikhlas semata-mata kerana Allah.
  • Memperbaharui intimak terhadap dakwah.
  • Berinteraksi dengan matlamat, permasalahan dan humum ad-dakwah. Ungkapan ‘hammuka ‘ala ma ahammaka..’ iaitu cita-cita kamu apa yang menjadi kesibukanmu. Maka seorang da’ie perlu menjadikan cita-cita dakwahnya dapat menyalakan obor perjuangan, berterusan memberikan kontribusi dan meningkatkan daya kecergasan harokah.
  • Menanggung kepedulian dakwah iaitu berfikir dan sibuk dengan urusan dakwahnya. Dia memberikan sepenuh perhatian, tumpuan, fokus kepada kerja dakwah di dalam prioriti hidupnya. Antara bentuk kepedulian tersebut ialah:
  • Kepedulian untuk memberikan sumbangan dakwah dan komited terhadapnya.
  • Kepedulian untuk mencapai objektif dakwah dan memenangkannya.
  • Kepedulian untuk meningkatkan pelaksanaan, keberkesanan dan kualiti dakwah.
  • Kepedulian untuk mencapai matlamat dakwah dan menanggung kepayahannya.
  • Kepedulian untuk proaktif dan sentiasa ke depan di dalam amal dakwi.
  • Kepedulian mempertahankan dakwah dan menolak serangan terhadap dakwah.
  • Kepedulian mentajmik dan mendapatkan bilangan pendokong dakwah serta memberikan petunjuk kepada manusia.
  • Kepedulian untuk bersifat jiddiyah (keseriusan) di dalam menyumbang dan berkesan di dalam menghasilkan sesuatu.
  • Ijabiyah dan penglibatan aktif di dalam setiap mas’uliyyah dakwah.
  • Menyuburkan iklim optimis, harapan dan positif sehingga timbul perasaan untuk menyumbang, proaktif, bersaing dan mentajdid daya kecergasan berharokah.
  • Mempelajari pengalaman orang lain dalam menyumbang di lapangan dakwah.
  • Meningkatkan daya kompetensi. Kata Salafusolih; “orang yang terkedepan dalam melakukan amal solih adalah mereka yang hampir tingkat muqorrobin..”.
  • Mengutamakan aspek praktikal dari aspek teori, melebihkan aspek pelaksanaan dari aspek perdebatan kalam, berteori dan berfalsafah, dan tenggelam dalam perbincangan yang tidak bermanfaat.
  • Merasai tanggungjawab dakwah sebagaimana perasaan masuliyah da’wiyah burung Hud-Hud kepada Nabi Sulaiman a.s.
Moga stamina dan kecergasan harokah kita terus kekal dan maintain.
Ustaz Mohd Azizee bin Hasan,
Naib YDP ISMA Seremban
Blog: Petunjuk Sepanjang Jalan

Sunday, January 23, 2011

cerITa SerAm,....TAkut???...JAnganNNNN...

Hati rasa kosong bila tiada peringatan.Ada je yg tak kene...so,mana yg harus dituju...Al-Quran..Al-Quran..Al-Quran..MANUAL KETENANGAN HATI.

Sejak akhir2 ni makin byk movie2 seram dari Malaysia...yg kadang2 membimbangkan bila isu2 khurafat dan syirik langsung tak diambil berat.Sedangkan 2 benda ni mengganggu gugat AQIDAH.Itu isu yg utama.

"Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dgn sesuatu)dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yg Dia kehendaki.Dan barangsiapa mempersekutukan Allah,maka SunGGUH dia telah jauh tersesat"(4;116)

Yg kedua bila manusia lebih takutkan hantu2 khayalan,hantu2 rekaan berbanding Allah

Ya,tak dinafikan hantu itu wujud..BETUL ker???...betul..sebab hantu tu adalah syaitan yg menjelma mempermainkan manusia.Dan bilamana manusia takutkan hantu,bukankah itu jugak bermaksud manusia itu takutkan syaitan??...

"Sesungguhnya syaitan2 itu adalah musuh yg nyata bg manusia"(17;53)
MusUh perlu dilawan dan ditawan bukan ditakuti!

Persoalannya sbg muslim...TAAT,ABDI,PATUH,TAKUT,CINTA...semuanya pada ALLAH s.w.t....tapi dalam situasi skrg,manusia lagi takutkan hantu...bukti????...manusia jd takut lepas menonton cerita seram...tapi manusia langsung tak endah bila buat maksiat,bila berzina...wallahua'lam.
p/s;diri ini juga perlu muhasabah...xperlu takut!pd hantu...

ApA yg sebenar perlu kita takut???

"org2 yg dikumpulkan di neraka Jahannam dgn diSERET wajahnya,mereka itulah yg plg buruk tempatnya dan plg sesat jalannya"(25;34)

"Kemudian Kami berfirman(kpd Musa n Harun)"pergilah kpd kaum yg mendustakan ayat2 Kami".Lalu Kami hancurkan mereka dgn seHANCUR2nya".(25;36)...

"Apabila mereka dilontarkan ke dalamnya,meraka mendengar SUarA neRAka yg MengerikAn,sedang neraka itu membara"(67;7)

"Dan sungguh ,Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yg dibisikkan hatinya.dan kami LeBiH DeKat kepadanya drpd urat lehernya"(50;16)

terlalu banyak AMARAN dari Allah yg MAHA PENYAYANG agar takutkan azabNYA yg pedih!tapi manusia.....cari..cari dan fikir!

Janji2 Allah dlm Al-Quran lagi sttnya lg menggerunkan hati mereka yg bergelar muslim dr gerun n takut pd cerita2 seram yg khayalan mainan perasaan...

p/s:saya dah takde alasan untuk takut lagi pada hantu....saya akan cuba..insyaAllah!

Neraka itu yg jauh lg menggerunkan.Azab Allah itu jauh,sangat2 mengerikan,menyeramkan,mengGERUNkan!!!

Finally....

"Wahai orang2 yg BERIMAN,peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat2 yg kasar, dan keras, yg tidak derhaka kpd Allah terhadap apa yg diperintahkan kpd mereka dan selalu mengerjakan ape yg diperintahkan."(66;6)

wallahua'lam....

Monday, January 17, 2011

HampI...tHe st0Ne cItY...


                                                    banyak betul susunan batu yg macam nih...

          banyaaaaaaaaaaaaakkkk batu......tHe St0nE ciTy....HampI^_^

                       Sister St0nE...nak tau citer di sebaliknya???...dulu ade 2 adik-beradik nih datang ke HampI pastu diorang macam kutuk-kutuk tempat nih...sebagai balasan diorang disumpah menjadi BAtU....hurm.......

                                                  -bergambar berlatar belakangkan Stone Carriage-


                                                Terpenjara dalam kejahilan....T_T

 Alhamdulillah..tinggal sebulan lagi untuk duduk di India.Kene la jalan puas2 melawat tempat2 menarik kat India nih..So.....tempat pilihan kali nih....HaMpI...tHe St0nE cItY...^_^..memang banyak batu pon kat sini..
 Basically,hampi ni sebenarnya tempat peninggalan Tamadun Hindu dulu2...s0 tempat nih mostlay terdiri daripada temple2 yang beraneka saiz dan rekaannya...and of courselah kami semua melawat semua temple2 tu...h0hoh0...tapi sekadar suka2 ambil gambar je.

                                ....... bergambar dgn budak2 tempe...

Alhamdulillah,walaupun kami melawat temple,hati kami tetap pada Islam....haish..mana mungkin bisa tertarik pada agama lain sedangkan Islam jua yang mententeramkan hati.Tengah2 jelajah...kami duduk berehat bawah pokok sambil cerita2 pasal Salman Al-farisi...pasal Sultan Muhammad Al-Fatih....dan sebagainya...sejarah Tamadun Islam ternyata lebih mengagumkan berbanding sejarah tamadun lain...lagi2 tamadun Hindu yang banyak sangat unsur2 kedongengannya...huhu...


 Bangunan nih ada unsur2 seni bina Islam...huhu..masih belum berpeluang mengembara ke Andalusia....
Monolitic Bull.........besar sungguh lembu nih...huhu...

ya Allah..moga Kau jauhkan kami dari kejahilan,kekufuran....Tunjukkkan kami dengan cahaya hidayahMu yang tidak kunjung malap....Masukkan kami dalam golongan hamba2Mu yang berimanlagi bertaqwa=)..ameen2 ya Rabb.




Wednesday, December 22, 2010

winter camp '10

Salam alaik...Winter camp 2010 kali ni menambah cerita dalam diari hari2 terakhir di India..Alhamdulillah=)...ternyata pujukan kak mus tak sia2...kakak naqibah yg harap sgt2 adik2nya pegi program ni..hehe...thanks kak mus..byk yg zam dpt,insyaAllah.

Perjalanan ke Tamil Nadu ambil masa 4 jam.Bertolak ke sana pukul 8 malam dan sampai dalam pukul 11 lebih...Dalam hati risau jugak memandangkan peserta manipal 3 orang je...sekali pulak pihak penganjur mmg dah susun semua ikut group...hatta bilik...group LDK...senuanya utk saling berkenalan.Kak ana and kak fad naik TT(tempo traveler) yg lain...dan saya,fatin and hidayah satu tt yg lain...first time naik tt semangat la jugak.hihi..

Sampai sana terus tido...SEJUK!!!!


ape yg best????
nasyid tema yg semangat!!!^_^..and of course yg nyanyi pon semangat.

Pengisian  yg mantap...from Dr Zulkifli Dr. Murizah..husband and wife..so sweet...both are consultant...mmg mantap la 2 tokoh nih..menyemarakkan semangat saya utk terus berjuang dalam kepakaran nih...bidang kedoktoran..Dr.Zul consultant utk Head and Neck Surgery and Dr Murizah pulak consultant utk OBG....

Talk yg dikongsi...
Medic as Career....Medic as Dakwah....Medic as Ibadah...yg plg hangat...Forumnya...KENAPA MESTI DISTINCTION???
semuanya membakar...dalam hati mg Allah tanamkan semangat nih dlam2 biar menyala lama2...tak padam2...mg mata hati ni terus terbuka utk berjuang demi ummah...semuanya demi kebangkitan ummah...semuanya utk elak fitnah terhadap agama dan terhadap ummah...

Xplorace....sgt mantap!!!...cam real yg dalam tv..hihi...sebabnya setiap check point tu kene pegi gune TT..ape lagi main lumba kereta la...yg lawaknya baiyya driver tu pulak tak fahan yg kitorang tgh berlumba..boleh pulak dia kasi can tt lain jalan dulu....and yg uniknya sambil memenuhi setiap check point tu...kami kene ambil gambar yg punya maksud tertentu...gambar tu kene menggambarkan Islam paksaan...Islam ikhtiari(pilihan)...gambar kejahilan...kezaliman....dan satu video keharmonian...ade satu check point tu kene bina masjid yg macam mula2 nabi bina kt madinah...bertiangkan batang kurma dan berbumbungkan pelepah...3-dimension....kreatif kan???

Nite Walk .....bukan jalan kosong...jalannya penih dgn sesi memerah otak....mengkaji sejauh mana kebenaran Islam sbg satu2nya agama yg Allah iktiraf....bermula dgn Surah al-imraan..ayat 64..
Katakanlah (Muhammad),wahai ahli kitab! marilah kita menuju kepada satu kalimah(pegangan) yg sama antara kami dan kamubhw kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mempersekutukanNya dgn sesuatu pun,dan kita tidak menjadikansatu sama lain tuhan selain Allah.Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka "Saksikanlah bahawa kami adalah orang muslim"..
Berpandukan ayat ini,kami diberi panduan utk merujuk kitab Veda bg agama hindu dan Bible ut
k agama kristian...YA!!!mmg benar...kitab ini ada menyebut ttg keesaan Allah...ada satu part tu dye mention pasal Kalki Avatar!...haaaaa...bg peminat2 avatar...tahukah anda ape maksud avatar tu sendiri???...Avatar bermaksud messenger...Kalki Avatar bermaksud Final Mesenger....yg merujuk pada Nabi kita yg mulia..Nabi Muhammad s.a.w...itu dalam kitab Hindu...Bible pulak dgn Old Testament n New Testament dye....disebabkan peralihan bahasa yg banyak...dari bahasa sanskrit-bahasa greek....etc..etc...banyak berlaku perubahan maksud dlm Bible itu sendiri...jika dikaji Bible yg asal...percaya tak ada kebenaran terselit di situ....sejauh mana manusia cuba mennyembunyikan kebenaran...tapi dgn kehendak Allah takde ape yg boleh disorokkan...Nabi Muhammad yg kenabiannya dinafikan golongan Kristian pon sebenarnya termaktub dlm Bible yg aslinya adalah Injil...nampak kuasa Allah di situ???....Subhanallah!
tapi di sini hanya utk penambahan ilmu...menunjukkan pada kita yg penganut agama lain juga suka taqlid buta...tak mengkaji kitab mereka sendiri...nah!...kena pada diri sendiri balik rasanya!!!..cukupkah kita mengkaji kitab sendiri....Al-Quran???...kitab yg terpelihara keasliannya...yg langsung takde perubahan...ayat2 yg sama pada zaman nabi dan zaman kita....

Lailatun Nisa'...LAilatul Rijal 
ni pulak program Pillow Talk bg ikhwah dan akhawat.....x berlaku sbrg ikhtilat..program ni diasingkan sama sekali.Perkongsian hati ke hati dr Dr murizah buat puteri2 bakal pejuang...bg ikhwah ade program tersendiri.Alhamdulillah perkongsian pengalaman dr Dr Murizah yg lebih mesra dipanggil k.Muri....menyuntik semangat!!!...Ya Allah kuatkan aku demi Ummah!

byk lagi boleh diceritakan...tapi dah penat menaip..byk lagi tugasan...Alhamdulillah peluang ini akan saya cuba rebut lagi...Bersama Akhawat..kenangan itu akan jadi lebih indah sbb fikrahnya sama..cintanya sama...matlamatnya sama...insyaAllah...waallahua'lam...doakan saya=) 



Tuesday, December 7, 2010

cerita ttg india

Salam alaik...insyaAllah..dah tak lama...tinggal lagi 2 bulan nak tinggalkan bumi manipal ni..bumi India.Haish...dlm hati mmg dah tak sabar nk balik malaysia..mmg tak sabar...tapi bila pikir2 balik...mesti akan rindu manipal....

Sebelum ni,ade kawan saya suggest tulis experience kt india...but saya tak tau nak tulis pasal ape...huhu...thats because...cause saya just duduk kat manipal..bandar kecil...not so much to tell.
BUT...mungkin dah saat2 akhir saya bernafas di sini saya kene menghargai semua disekeliling saya..lepas nih tak rase dah...dgn kebingitan buniy hon nyer....kesesakan manusianya...auto dgn hitam kuningnya..hihi=)

Well2...life is just so simple here...bgn pagi gi kls...of course jalan kaki...n then breakfast kat kedai akka Sonia...Cheese puff,egg puff,sandwich,..C0ld c0ffee...mango milk shake...hahaha...sumenyer sedap2 n bisa menggemukkan...oh yeahhh!!!...pastu again kelas..kelas...kelas.....sampai la petang...n petang depends sape nk masak2 ke,nak gi jogging ke..nak lepak2 ngan kawan2 kt c0ffee day,f00dcourt....gi end point...sembang2 kedai kopi kat umah....
seeeeeeeeeee...that simple...

actually sape 2yg belajar kat india kene rase cukup dgn ape yg ade...life kat sini tak seronok macam life kat UK...Ireland,Japan....or whatsoever...tapi tulah...you just have to find something yg boleh bagi you rase happy...satisfaction....kalau tak mesti asyik nak balik rumah je...bosan...Alhamdulillah...i'm survived!ade rahsianya..shhhhh^_^.nnt share...manipal kecik tapi INDIA besaaaaaaaaarrr.dgn kawan2 and dgn semua yg berlaku di sekeliling....don't expect t00 much in life!...enjoy it....tu sebab kene selalu bersyukur...setiap ape yg Allah bagi thats the best for you...Buat yg terbaik of course Allah bagi yg terbaik..Allah tak pernah menzalimi hamba2NYA...eik..mcm mana blh sampai sini...

oh yeah...life in manipal............lain kali la pulak ngomel..nak bace utk posting commed nih...water treatment plan...PHC,CHC...bla..bla..bla......sok exam commed ok..=)..gud luck