Meletakkan sepenuh kepercayaan pada Allah swt.
“Dan sekiranya mereka benar-benar redha dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Allah dan RasulNya, dan berkata “cukuplah Allah bagi kami, Allah dan RasulNya akan memberikan kami sebahagian dari karuniaNya. sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah.”[At-taubah:59]
Kadang-kadang bila melalui kehidupan ini, hati mudah goyah. Bila ujian datang lebih sedikit, ditambah lagi dengan hasutan syaitan, diri mudah terumbang-ambing. Tapi sebagai dai’e yang sepatutnya menjadi contoh kepada yang lain, kita tak sepatutnya menjadi lalang. Angin tiup ke kiri, kita ke kiri. Angin tiup ke kanan, kita ke kanan. Konon nak mengikut rentak semasa. Lagi mudah untuk tackle manusia ke arah kebaikan. Benarkah begitu? Ada ketikanya, tak salah sekiranya kita turut turun menyertai majlis-majlis keraian yang dilakukan bercampur aduk lelaki perempuan. Ada ketikanya kehadiran kita mudah disalah ertikan ibarat ‘membenarkan’ keadaan bebas sebegitu. Ada ketikanya bercakap dengan lawanan jantina tanpa tujuan benar-benar penting diharuskan untuk elak diri dituduh sombong atau rigid yang kadang-kadang boleh jadi fitnah pada agama, tapi ada kalanya bila bercakap dengan berlawanan jantina melebihi dari yang sepatutnya sampai gelak terkekeh-kekeh, dah lain hukumnya. Hati-hatilah para dai’e sekalian.
Jangan kerana kita takut terlepas mad’u sampaikan sanggup menghalalkan apa yang shubahat. Lebih teruk lagi bila kita menghalalkan apa yang memang telah haram.Seorang Muslim mestilah menjauhkan diri daripada melakukan perkara haram dan berjaga-jaga daripada melakukan perkara subahat. Ini adalah bersesuaian dengan peringatan Rasulullah saw dalam sabdanya yang bermaksud:
“Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas, tetapi di antara kedua-duanya ada perkara subahat yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barang siapa yang menjauhi perkara subahat bererti beliau telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, barang siapa yang terjatuh ke dalam perkara subahat bererti mereka telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Samalah keadaannya seperti orang pengembala yang mengembala di tepi pagar, dikhuatiri kelak mereka akan mengembala dalam pagar itu. Ingatlah dalam setiap jasad itu ada seketul daging, apabila daging itu baik maka baiklah jasad itu keseluruhannya, apabila daging itu rosak maka rosaklah jasad itu keseluruhannya.”
Letakkanlah sepenuh kepercayaan pada Allah. Percaya bahawa Allah akan membantu. Percaya bahawa Allah takkan membebankan diri dengan apa yang kita tak mampu. Percaya Allah bersama dengan orang yang sabar. Percaya Allah akan sentiasa melindungi. Percaya Allah itu dekat. Percaya Allah Maha Mendengar rintihan hati dan doa kita. Percaya Allah adalah segala-galanya buat kita. Percaya Allah Maha pengasih dan penyayang. Percaya dan terus yakin. InsyaAllah hati tenang dan lebih kuat dari biasa.
Teringat tazkirah Ukhti Fadhliah masa jaulah mereka kerumah kami. Beza antara menangis kerana hal duniawi dan menangis kerana dosa-dosa yang kita lakukan bila mengadu pada Allah. Bila menangis kerana hal duniawi, lepas menangis tak hilang pun perasaan sedih,tak tentu hala,etc. Masih tak tenang. Tapi bila kita menangis lantaran mengenang dosa-dosa yang kita lakukan, mengadu pada Allah, InsyaAllah lepas nangis hati terus tenang. Tak percaya? Buatlah sendiri. Dengan syarat betul-betul insaf dengan dosa kita sendiri. Ah, rindu pula pada akhawat Bangalore..^_^..
Sedikit peringatan buat diri sendiri dan semua pembaca. La tahzan, innallaha ma’ana..=)
-Ummu Thana’-Mangalore, India(k.musfirah)
moga Allah bantu utk ubati penyakit hati ini...PERCAYA DAN YAKIN SEBENAR2NYA