Sunday, November 29, 2009

mari men'dasyat'kan diri


Seringkali terjadi, ketika kita hampir berputus asa dari melakukan sesuatu lantaran rasa ketidakupayaan diri, mungkin sebenarnya pada ketika itu, kejayaan telah berada hanya selangkah di hadapan kita. Maka jangan cuba untuk berhenti dari berusaha; siapa tahu kejayaan bakal menjelma dalam sekelip mata. Namun saya pasti ramai yang berkata: ‘Kemampuan kita terbatas!’. Percayalah... itu bukan masalah. Kerana ketika di tengah keterbatasan itulah sebenarnya kita mampu mendahsyatkan diri untuk meraih prestasi yang lebih tinggi. Kata orang-orang lama, tekananlah yang menghasilkan berlian yang bermutu.

Pengalaman bekerja pada saat-saat akhir menjadi bukti bahawa kita mampu bertahan dan berupaya untuk tidak menyerah pada keadaan. Cuma, untuk kejayaan yang berlipat ganda, perlu kepada kebijaksanaan dalam mengelola diri dan tidak membuat kerja di saat-saat akhir. Maka mari kita selami diri dan keluarkan segala potensi yang kita miliki, menukar ’peribadi biasa’ kepada ’peribadi luar biasa’.

Dengan bentuk fizikal yang sempurna - dilengkapi pula dengan pelbagai kepandaian (Surah at-Tin: ahsani taqwim = sebaik-baik penciptaan, Surah al-Bayyinah: khairul bariyah = sebaik-baik fizikal) membuatkan manusia suatu subjek yang sangat unik dan hebat. Sejak ratusan tahun, para ilmuan tidak henti-henti untuk mengkaji dan memahami manusia. Pelbagai displin ilmu diwujudkan seperti psikologi, antropologi, sosiologi, linguistik, neorologi, dll. Ini selari dengan firman Allah SWT agar umat manusia memperhatikan diri sendiri (51:21) kerana memahami karekter dan sifat diri membawa kepada sifat taat akan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya (2:44). Selain itu, dengan kurniaan akal juga manusia sentiasa berfikir untuk menjalani kehidupan yang lebih baik (2:31-32).

Selayak dengan keistimewaan yang dimiliki manusia, ia diangkat oleh Allah menjadi khalifah bagi mentadbir alam ini berbekalkan aturan kehidupan yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai panduan buat segenap manusia. Namun tidak semua dapat memahami hakikat keistimewaan dan jati diri sebagai manusia ciptaan Allah. Alangkah ruginya.

Bekalan kecerdasan dan keupayaan fizikal tidak selamanya menjamin hidup kita aman bahagia dan berjaya jika tiada kemahiran mengendali potensi hidup. Akan tetapi, bolehkah ianya berlaku secara automatik, dan selalukah ianya terjadi? Jawapannya ‘belum tentu’, malahan yang seringkali terjadi adalah sebaliknya; kecerdasan akal tenggelam dalam ketidakmampuan untuk mengendali potensi kehidupan yang dimiliki. Kita selalu gagal memenuhi keperluan secara benar dan tulus. Sebagai contoh, manusia berjaya merekacipta pelbagai kemajuan teknologi tetapi tidak berjaya dalam mengurus moral dan sosial. Internet merupakan suatu teknologi canggih bagi mempermudahkan urusan manusia, namun dicemari jenayah penipuan dan pornografi sebaik pengunaannya diperluaskan.

Corak pemikiran dan prasarana kini jauh berbeza. Namun adakah taraf hidup yang dimiliki kini selari dengan peningkatan moral dan kebahagian sejagat? Apalah gunanya kecanggihan teknologi dan kemajuan fizikal jika manusia masih tenggelam dalam jurang kesengsaraan dan keruntuhan akhlak. Tika itu, keperluan materi yang dipenuhi tidak 100 peratus memberi manfaat malah merosak kehidupan peribadi.

Oleh itu, bagi mengendali potensi diri, kita perlu ada satu misi kehidupan yang jelas sebagai seorang manusia. Sebagaimana yang dituntut oleh Allah swt, beribadahlah kepadaNya dengan cara menjalani kehidupan sesuai dengan aturanNya. Dengan ini, seluruh emosi, nafsu dan keperluan jasmani mendapat aturan yang benar dan menghasilkan kebaikan untuk manusia seluruhnya. Kemudian barulah ‘peribadi luar biasa’ ini menjadi benar-benar bermakna.

Masih tidak yakin untuk melonjakkan potensi dirimu? Merasa diri kerdil dan tak mampu bersaing dengan peribadi yang hebat di luar sana? Jangan risau, kerana mempunyai darah keturunan tertentu tidak pernah tersenarai dalam kriteria untuk menjadi hebat. Telah ramai orang biasa menjadi luar biasa dengan berbekalkan keazaman dan usaha. Sekiranya kita hitung masa yang dimiliki oleh mereka ini pasti kita akan mendapatkan jumlah yang sama dengan apa yang kita ada, sehari 24 jam, 1440 minit dan 86400 detik dalam satu hari, 7 hari dalam seminggu, dan seterusnya.

Menurut Imam Al-Ghazali, jika rata-rata umur manusia 60 tahun dan menjadikan 8 jam sehari untuk tidur, maka dalam 60 tahun ia telah tidur selama 20 tahun. Aduh, betapa singkatnya baki masa yang ada. Bagaimana dengan diri kita? Apakah prestasi yang kita miliki seimbang dengan umur kita?

Bagi yang berhasrat untuk mendasyatkan diri, tahniah. Semestinya jalan yang bakal ditempuh akan berbeza. InshaAllah kita mampu jika kita mahu. Untuk mengubah keperluan fizikal, inisiatif mungkin boleh muncul dari orang lain, tetapi dalam mengubah hati dan nurani perlukan kepada tekad si peribadi itu sendiri. Mereka yang berjaya selalunya lahir di tengah himpitan kesulitan bukannya buaian kemanjaan. Mereka berjaya dengan mengurangi jam tidurnya, waktu bekerja dan kesibukan mengurusi duniawi untuk memenuhi keperluan akhirat. Menyedikitkan tidur malam untuk bisa bangun dan merasakan nikmatnya ibadah. Tak berlebihan dalam bergaul untuk merasakan lazatnya iman. Menahan diri dari maksiat supaya tubuh badannya tetap sihat.

Adapun bagi mereka yang telah pun berada di tahap itu jangan cuba berhenti berusaha dan bersihkanlah jiwa agar tetap teguh di jalanNya. Semoga segala yang diusahakan oleh kita semua tidak sia-sia dan diganjari oleh Allah as-Syakur.

Allahu a’lam.

Sumber: Laman ISMA Australia


Saturday, November 21, 2009

wihishtini awi2....

tak taulah betul ke x?...yg pasti ini phrase pertama yg saya belajar dr k.yang...bahasa arab ammi mesir.Maksudnya "rindu kamu sangat2"...hihi...so cute kan...^^'
Entry kali nih paal rindu...disbbkan dah nak dekat setahun x balik malaysia...hanya Allah tahu betapa rindunya dekat family....mak..abah...chik..k.yong..abang..k.yang..tun & wadi.hari2 asyik teringtkan diorang.Bestnyer kalo dapt lari balik kejap.Dapat tgk muke pon jadilah...Cuti bulan 8 ari tuh x balik...nak sangat ke Mesir.Dah tercapai pon ke sana..pengalaman yg x boleh dilupakan.Walaupon dh jumpa mak,abah n chik kt mesir...but it still not enough...maybe perlukan suasana rumah kot.
Lagi2 dgn bertambahnya bil. anggota dlm family sekarang nih...kelahiran Muhammad Muzakkir,anak buah kedua...X sabar nk tgk muke si kecil tuh....Humaira' pon mesti makin ligat sekarang nih.
Kalau nak diikutkan hati,rindu punya pasal...blh nangis tiap2 hari.Tapi tu bukan caranya...hihi...tuh cara bebudak.Alhamdulillah semangat datang bila teringat kt kakak2 saya di mesir.Diorang pon jarang balik ke Malaysia.Kak ha, kak su, x balik sampai 9 thn...mustahil diorang x rindukan keluarga di kampong...tapi disebabkan masalah kewangan...sume tabahkan hati...kuatkan semangat Terus berjuang..lagi2 di Mesir...bukannya mudah.So why not me??

Bila fikir2 , duduk jauh dgn family buat saya lebih menghargai mereka.Teringat pagi2 abah kejutkan utk breakfast same2...abah selalu marah kalau ade yg x nak makan sekali.Sebab time tu ikatan sebagai satu family dieratkan...teringat masa2 cabut rumput dengan mak...dengan chik.Liat jugak nak tolong...sampai kene bebel baru lah keluar.Kalau dgn abah...abah suke suruh saya buat kerja yg berat..kdg2 pelik jugak.anak perempuan abah yg lain x pulak disuruhnya buat kerja gitu....pasang dawai kawat...tanam jagung....Tapi tu kenangan dgn abah.Mula2 rase cam nk sedih gak lame2 happy sebab pus hati dpt tolong abah.Maybe sebab 'hero2nya' malas tolong dia kot.Jadi abah pilih saya.Maklumlah hasil latihan PLKN 2 bulan.hihi...^^'

 Lagi2 dgn chik waktu kat kampung...semua org kampung kate saya anak chik..manja..duduk rumah chik langsung x yah buat kerja ape pon...tapi saat plg best ngan chik time cabut rumput same2...time duduk ambil angin petang kt luar...sembang2 ngan jiran2...Rindu sangat kt kampung.rindu nk naik basikal pusing kampung.Sekarang kalau balik tak tahu lah orang kampung kenal ke tak...x famous pon.

Lagi satu yg penting,saya rindukan semua sekolah saya...sekolah rendah sampai intec...cikgu2...kawan2...hanya Allah yg tahu.Banyak sangat memori kt setiap sekolah tu.Semuanya berbeza...boleh dikarang novel.Mak selau cakap yg saya byk sangat kenangan.Berwarna-warni.Bila cerita kat mak pasal hidup saya di kampung....mak mesti tak percaya.Mane taknya...di kampung..saya ade kawan dari pelbagai peringkat usia...dari tua sampai ke muda.Ada yg sudah menjadi arwah.ada yg sudah beranak pinak.Kalau balik kampung nih,mesti kecoh bila cerita diungkit.

Nikmat Allah terlalu banyak utk diri ini.Hidup ini tak pernah sunyi.Tapi bila nikmat itu dekat dgn kita..selalu di samping kita...kita jarang sekali menghargai.tapi bila nikmt tuh jauh...tiap2 hari kita doa supaya Allah bagi balik kita pinjamkan nikmat tu.Untuk islah nafsi,,,,,bersyukurlah dgn setiap ape yg Allah kurniakan.Syukurlah segalanya yg kita ada....syukurlah dan hargailah=)

Thursday, November 12, 2009

............

Salam alaik...jiwa dan hati nih masih sakit...tenat sebab keperluannya x dipenuhi...dgn serangan bertubi2 dari pelbagai arah...takut...bimbang ia bakal rosak..bernanah dan merebak sampaikan diri sendiri sudah x bisa mengenali yg mana satu yg baik yg mana satu yg jahat....nauzubillahi min zalik!
Dari terus berdiam tanpa sebarang tindakan,

Kerasnya Hati
BANG!BANG!BANG!....3 tembakan terkena kat diri sendiri.Kenapa???sebab saya mengaku inilah kelemahan saya yg plg besar...ade yg kate tak wajar...tak elok utk mendedahkan kelemahan kita pd orang lain...mungkin betul dan mungkin juga salah...Bagi saya..ini peluang,kesempatan untuk diri memperbetulkan ape yg tak mampu diperbetulkan di luar sana.Peluang utk berubah...menjadi lebih baik.

Kelemahan ini  masih menguasai diri...masih belum boleh tunduk akur.Tak pasti di mana silapnya...sgt susah menerima...lagi2 jika tak kena pada caranya...terus melawan..memberontak..yg akhirnya..sudah pasti membawa kerugian utk diri sendiri.....kuakui kesalahan ini hanya di depan Mu ya Rabb...cuma tak mampu kubicarakan di depan manusia....diri ini masih pandai berlakon bila berdepan dgn manusia....Egonya menguasai segala!
Ya Allah..bantu aku membuang keeg0an ini...
bantu aku tundukkan nafsu ini.
Bantu aku utk pelihara agamaku....agamaMu.
betapa diri ini kerdil
melawan diri sendiri yg sudah lelah....
Ya Allah yg memahami kesulitan...memahami keadaan hati jiwa ini.
Kuatkan...teguhkan aku..rakan2ku...keluargaku...saudara2ku
di jalanMu yg satu....
siapa pon...di mana jua...pada waktu dan saat2 yg berjalan
tautkan hati kami.
hapuskan benci dendam dlm hati kami...
satukan kami...satukan hati kami..

Wednesday, November 11, 2009

'LOST'....Rijal Telah Hilang


Setiap hari bingkisan dari syurga tiba
Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal
Mengapa kumtum mekar tidak lagi menhiasi taman?
Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran
Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman
Setiap dekat belum lagi menjadi piala perjuangan
Sebaliknya menjadi takungan air mata
Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu
Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus

Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam
Jerat yang dipasang juga tidak bingkas
Setiap kali pulang hanya diburu kesepian
Di tengah hiruk-pikuk mertua dan anak-anak

Dunia makin tenat
Tetapi sepatu rijal masih belum kedengaran
Pulang membawa pesanan yang dikirim
Umat masih bertinggung di tangga
Dengan dua tangan bertupang dagu
Mengintai andainya kelihatan
Langkah pulang seorang rijal

Taman syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat
Bisikan 'curiosity', ingin tahu yang sungguh-sungguh
Siapakah tetamu syurga esok hari
Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya
Di sana-sini pada dinding dan tembok-tembok
Terpampang pemidang jelas
Bagi siapa melintasi dan menatapi

'RIJAL TELAH HILANG'

memori 'Tautan Ukhuwah 2008'
Gombak,Selangor.


Monday, November 9, 2009

sekilas renungan...


Alhamdulillah...k0ma x lama...blog dh beransur pulih dan kembali mendapat kekuatan dlm timbunan komplikasi yg pelbagai...mungkin semua itu mengajar utk menjadi lebih matang...utk memilih identiti sendiri...membina personaliti...bukan hanya taqlid mengikut arus...bukan hanya hanyut dlm lautan emosi yg x stabil.

Kekuatan itu datang dr Allah...moga berpanjangan.
Alhamdulillah sekarang islahnafsi dah diberi amanah oleh Allah membawa satu misi dakwah..proses tarbiyyah utk diri sendiri dan utk adik2...
Sesi pertama just sekadar taaruf.Ternyata adik2 yg diamanahkan bukan yg calang2...malah ade yg sudah pernah menjadi naqibah di kalangan kawan2....semuanya bersemangat.Masing2 jelas dgn konsep dan matlamat usrah itu sendiri...mula2,ade jugak rase cuak...diri sendiri pon masih x semantap mereka...mampukah utk mengisi keperluan adik2?...mampukah memenuhi ape yg mereka harapkan....
tapi fikir punya fikir...nilah saatnya...nilah peluang utk belajar....menjadi naqibah x bererti setakat memberi...kita juga berhak menerima....berhak belajar...semua dlm usrah berhak menuntut keperluan masing2...Islam perlu dikongsi...rahmat Allah utk seluruh umat manusia...jadi,biar siapa pon kita...adik atau kakak...tua atau muda..bila ade yg perlu kita belajar...ambil peluang itu.Lagi2 ilmu2 islam..jgn sekali2 rase rendah diri.=)

Alhamdulillah...utk sesi kedua...x bersedia dgn pengisian ape pon utk adik2.Tapi bantuan dari Allah tetap hadir.Program Ini Sejarah Kita(ISK)...satu analisa ttg umat...membuka mata....bukan ke dulu tarbiyyah diri saya bermula dari sini jugak?..titik mula pengenalan saya dgn tarbiyyah....so,sesi kedua berjalan lancar  and penuh semangat.Ada adik2 yg hadir pada hari pertama program dan saya hadir pada hari keduanya....saling melengkapi kan???^_^

Sesi kedua...
1)buka majlis...n then tadabbur kalam Allah...ayat 110..Al-Imran..
 "Kamu(umat islam)..umat yg terbaik dilahirkan utk manusia..(kerana kamu)...menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah.................{110}
2)Alhamdulillah...izzah sbg muslim mula membara dgn kalam Allah ini....kemudian beralih kepada ISK...kami berbincang  peranan sebagai muslim masa kini...and janji Allah pada hambaNYA...kite terpilih....hidup terpilih,perjuangan dibalas!

3)mujaddid dlm sejarah Islam...dan kriteria sebagai seorang mujaddid
-menyembah Allah
-menyeru umat utk bertakwa
-hanya seorang manusia biasa
-menyeru taat kepada Allah
-berdepan dgn orang2 yg sombong
-mendapat tentangan pemuka yg menentang dgn terang2an
-dituduh membawa sesuatu yg baru
-didustakan oleh umat
-membaiki dan memusnahkan pembaharuan dlm agama

Nabi Nuh adalah mujaddid pertama dlm Islam....

4)Isu semasa....sempat jugak berdebat tentang berita penangkapan Dr. Asri...wajar atau tidak tindakan JAIS dlm hal ini???.....

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..permulaan yg mantap...moga usrah nih menjadi halaqah cinta kami menuju Allah....moga Allah membantu dan moga istiqamah di jalanNYA...

wallhua'lam..^_^


Thursday, November 5, 2009

koma......


insyaAllah...pada Allah jua segala pergantungan.....blog nie sudah koma...tenat...perlu diperbaiki..perlu di'muhasabah'kan dan diislahkan....jadi blog ini dihentikan utk kerja2 seperti diatas...

doakan saye dan pengislahan ini=)