Friday, April 16, 2010

"saya dianggap gila..."

Penghijrahan bawa Gene Netto kepada Islam



Gene Netto



AKIBAT kebingungan dengan agamanya sendiri, Gene Netto, 39, memutuskan menjadi seorang yang tidak percaya dengan agama (ateis). Begitupun di sudut hati yang paling dalam, Gene seorang yang percaya kepada kewujudan tuhan kerana percaya alam ini, hamparan bumi, gunung ganang sehinggalah ke bulan bintang, matahari dan planet-planet pasti ada yang mencipta.
Tetapi siapa? Sedari usianya masih kecil, fikirannya sudah jauh menerjah bagi memikirkan akan segala kejadian alam.
"Seringkali saya melihat bintang dan dalam kesunyian larut malam saya merenung langit dan memikirkan mengenai keluasan alam semesta dan bagaimana ia diciptakan.
"Dari umur sembilan tahun saya mulai membaca buku mengenai agama dan topik-topik serius yang lain. Ini kerana saya ingin tahu segala-galanya, baik agama, dunia, budaya, sejarah, alam semesta, semua sekali.
"Seingat saya, hanya saya tertarik pada dinosaur ketika itu. Teman-teman yang lain tidak mahu tahu mengenai haiwan zaman purba kerana saat itu filem Jurassic Park tidak ada lagi. Hanya saya sering membaca mengenai piramid di Giza Mesir, agama Buddha, Hindu, sejarah dunia dan apa juga perkara yang menarik perhatian saya mengenai ala mini," katanya.
Sebagaimana anak kecil yang lain, Gene yang dilahirkan di Nelson, New Zealand pada April tahun 1970 itu turut diajar agama Kristian oleh orang tuanya. Namun sukar bagi Gene memahami agamanya kerana beberapa ajaran utama dalam agama itu bukan sahaja sukar untuk diterima malah menimbulkan pelbagai persoalan yang sukar untuk beliau dapatkan jawapannya.
Sehinggalah melanjutkan pengajian tinggi ke Australia di bidang psikologi di Universiti Queensland pada tahun 1990, Gene tetap dengan pendirian untuk tidak mempercayai apa juga agama.
Tetapi beliau tidak dapat melayakkan diri memasuki pengajian itu dan terpaksa menerima tawaran menyambung belajar di Universiti Griffith dalam Pengajian Asia. Harapannya, selepas beroleh kejayaan cemerlang di tahun pertama pengajian, beliau akan diterima semula menyambung pengajian di Universiti Queensland seperti yang beliau cita-citakan.
Dalam banyak pilihan bahasa termasuk Jepun, Cina, Korea dan Indonesia, Gene akhirnya memilih mengikuti Bahasa Indonesia kerana ia lebih mudah untuk dipelajari berbanding bahasa lain.
Bagi memastikan beliau kembali semula ke Universiti Queensland, dalam tempoh enam bulan sahaja Gene berjaya mencapai markah antara yang paling tinggi dalam Pengajian Asia terutama dalam Bahasa Indonesia.
Daripada situ dia bersama dua lagi pelajar ditawarkan menyambung pengajian di Indonesia selama enam bulan. Namun Gene tidak berminat kerana niatnya mahu kembali ke Universiti Queensland.
Namun pihak universiti berjaya memujuk Gene supaya ke Indonesia berikutan pencapaian baik beliau dan peluang seperti itu tidak wajar dilepaskan.
Di Indonesia Gene bergaul dengan rakyatnya sama ada di kampus universitinya atau pada perjumpaan sosial.
"Ketika sedang enak menikmati hidangan, saya didatangi salah seorang dari mereka yang ingin berkenalan dengan saya dan banyak bertanyakan mengenai diri saya.
"Apabila ditanya mengenai agama, saya memberitahu menganut Katolik tetapi saya mengaku tidak pernah mengamalkan agama itu.
"Apabila ditanya mengenai Islam, saya hanya mampu menggelengkan kepala, tanda saya tidak tahu," kata Gene.
Seolah-olah tahu apa yang selama ini menjadi persoalan dalam pemikirannya, Gene kemudian dikejutkan dengan kenyataan dari warga Indonesia itu: "Apakah kamu juga tahu bahawa dalam Islam hanya Tuhan yang boleh mengampuni dosa? "
Kata Gene, dia terkejut dengan kenyataannya itu dan meminta dijelaskan dengan lebih mendalam kerana itu bukan satu kebetulan malah sebuah jawapan yang telah dicari selama 10 tahun.
"Apakah mungkin didalam Islam ada logik dan ajaran yang boleh saya terima," katanya.
Mulai saat itu, Gene mempelajari dan menganalisis Islam secara mendalam dengan membaca melalui buku-buku dan mencari teman-teman dari Indonesia yang beragama Islam untuk berbincang mengenai agama itu.
Pada tahun 1991, Gene dan dua lagi rakan sekuliah menyambung pengajian mereka di tiga universiti di Indonesia.
Gene sendiri di hantar ke Universiti Atma Jaya di Jakarta, iaitu sebuah universiti aliran Katolik yang dirasakan sesuai buat Gene yang beragama Katolik itu.
Mendalami agama Islam
Namun beliau memilih untuk bergaul dengan para pelajar Islam berbanding yang beragama Katolik. Ini bagi membolehkan beliau mendalami agama Islam dengan lebih dekat.
"Kalau ada teman yang solat, saya akan duduk dan memerhatikan orang itu sambil memikirkan mengenai apa yang dilakukan dan mengenai ibadat solat itu sendiri," kata Gene.
Gene tidak henti-henti mempelajari mengenai Islam. Selama enam bulan dan ditambah setahun lagi beliau menyambung pengajian untuk menjadi guru bahasa, Gene bercadang berada lebih lama di Indonesia semata-mata bagi membolehkan dia terus mempelajari mengenai Islam.
Beliau kemudiannya mendapat biasiswa untuk menyambung pengajian di Universiti Indonesia (UI) Jakarta di Fakulti Sastera. Kesempatan itu diambil sepenuhnya untuk beliau terus mendalami Islam.
"Pada Februari tahun 1995, saya bersendirian menonton siaran langsung solat tarawih dari Masjidil Haram.
"Saya melihat sekitar tiga hingga empat juta penganut Islam melakukan gerakan yang sama, menghadap arah yang sama, mengikuti imam yang sama, berdoa dengan ucapan yang sama, berdoa kepada tuhan yang sama.
"Mana ada perkara yang sama seperti ini di negara Barat? Sekalipun yang menyaksikan pertandingan bola yang paling hebat di dunia, Piala Dunia misalnya, tidak pernah ada manusia seramai ini berkumpul di suatu tempat untuk menonton bola.
"Malah untuk yang datang untuk mendengar pihak ketua gereja di Vatican (Paus) pun tidak seramai ini. Suasana ini benar-benar luar biasa yang tidak ada tandingnya," kata Gene.
Gene terus mempelajari Islam walaupun tidak secara formal. Sebaliknya, sekadar memantau dan menganalisis dengan teliti di samping tidak melepaskan peluang mendengar ceramah oleh tokoh-tokoh agama seperti Kiai Zainuddin MZ atau Kiai Anwar Sanusi dan apa juga sumber lain bagi membolehkannya semakin memahami Islam.
Sehinggalah pada tahun Febuari 1996, Gene merasakan semakin sukar untuknya menolak Islam dan akhirnya memeluk agama itu dengan penuh keikhlasan dan ketulusan hati.
Beliau menyedari kehidupan yang bakal dilalui sukar apatah lagi Gene perlu kembali semula ke Australia. Lalu beliau meminta kebenaran ibu dan keluarganya untuk kembali bertugas di Indonesia sebagai guru bahasa Inggeris.
"Silalah kamu kembali semula ke Indonesia, tetapi jangan masuk Islam ya," pesan si Ibu.
Begitulah dari pandangan Barat mengenai Islam, iaitu sebuah agama yang digambarkan buruk oleh media menyebabkan ramai yang takut untuk menghampiri agama itu.
"Tetapi ibu dan seluruh keluarga akhirnya mendapat tahu saya memeluk Islam. Alhamdulillah mereka masih menerima saya dengan baik walaupun kami sudah berbeza agama.
"Saya tidak diusir, tidak dimusuhi atau tidak dikeluarkan dari keluarga malah mereka juga tidak pernah mengatakan yang buruk-buruk mengenai Islam di hadapan saya. Cuma saya dianggap sebagai orang gila.
"Lagikan Nabi Muhammad juga dianggap gila oleh kaum Quraisy, jadi saya tidak merasa kecil hati dengan gelaran itu. Malah terasa enak kerana saya dikategorikan sama seperti baginda Rasulullah," kata Gene.

Thursday, April 15, 2010

kisah benar utk kita...dari Kekasih,baginda Nabi Muhammad s.a.w.

salam kwn2~ kpd korg yg pegi beuteen 2007 kat intec dulu,rasanya ni la kan kisah yg ustaz ridha citer kt kite tu..kalau korg igt lagi,citer pasal sorg akak yg sakit kena santau tu,tapi dia ttp sabar n b'tahan

kisah di-copy paste dari fowarded email..moga larat baca smpai habis huhu

jom sama2 amik pengajaran! =)
--------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------

True Story: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan sahabat-sahabt nabi..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.


Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.


Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.


Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.


Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.


Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..


Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.


Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam... Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.


Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru.


Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.



Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.


Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.."


Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.


Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."


Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!


(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)


Sebak dalam diri membacanya...ALLAHUAKBAR..
semua dengan izinMU..tiada yang mustahil didunia ini melainkan dengan izinMU...SUBHANALLAH WA ALHAMDULILLAH WA ALLAHUAKBAR..ku mencintaimu YA RASULULLAH..

ALLAHUMMASOLLI A'LASAYYIDINA MUHAMAD WA A'LA AAALISAYYIDINA MUHAMMAD
(Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam atas junjungan kami, Muhammad dan atas keluarga junjungan kami, Muhammad)

dari sahabat...Faezah Salleh


iman...oh iman....

Bismillahirrahmanirrahim.....alhamdulillah....Allah kasi peluang nak menulis....bukan tak tulis tapi takde idea...baik membaca blog orang daripada menulis something yg takde manfaat...

Alhamdulillah jalan2 membaca blog orang,hati terbuka sedikit demi sedikit...
Kebanyakan blog yg saya baca penulisnya sama ada belajar di Mesir mahupun Jordan...suka membaca pengalaman dioarang di sana...ilmu yg diorang pelajari di sana bukan sekadar ilmu perubatan bagi budak2 medic,bukan hanya ilmu pergigian bg yg ambil dentistry...senang kata bukan hanya ilmu dunia tapi ilmu akhirat...
Jeles...cemburu sangat dgn student2 mesir n Jordan...alangkah bertuahnya mereka...
Ada jugak kadang2 rasa menyesal kenapa dulu tak ambil pengajian ke sana...sedangkan Bahasa Arab bahasa yang paling saya suka...bahasa yang unik..bahasa yang indah bila dihias nahu sorofnya....ya Allah,rasa nak menguasai semula bahasa itu.....tapi takpe...orang beriman tak boleh mengeluh..tak boleh menyalahkan keadaan..orang beriman bersyukur dgn ape yang Allah kurniakan...
walaupun tak belajar di sana  tapi saya dapat merasai manisnya suasana di san...Syukran pada pemilik2 blog yang banyak berkongsi ilmu di blog...

PEDOMAN
Sekarang,...Sinergi..satu novel yg mengajar tentang IMAN...ringkas dan santai..alhamdulilah , Irfan dan Asid dalam novel tu berjaya membangkitkan semangat saya...Al-Quran dan sunnah a.k.a hadith mesti diamalkan dlm hidup seharian....setiap perbuatan kita kene tanya diri kita..."orang beriman buat tak benda nih?''......"orang beriman macam mana ek??...."sape orang beriman???"...aku????....
sbg contoh,
kalau kita tengok rumah kita bersepah...tanya pada diri ,Orang beriman sepatutnya pembersih,mana ade kotor2?...sbb kebersihan separuh daripada iman.An-nazofatu minal Iman....secara tak langsung gerakkan anggota utk membersih.....
tak susahkan bila ada motivasi utk jadi orang beriman...syaitan pon akan jeles dan geram dgn kita...Biarkan die geram...ORANG BERIMAN perlu bangkit!lawan musuh yg tak kelihatan...

Teringat satu nasyid,antara liriknya.. 

               ."....bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba..."...

ada betulnya...bukan senang nak jadi orang beriman.....
tapi GANJARAN yg Allah bagi pon bukannya murah...TAK TERNILAI..TAK TERBAYANG DEK MATA KEINDAHANNYA..

lagi satu pernah terfikir tak......antara orang yg beriman dgn orang yg menderhaka.....agak2 yang mana satu hidupnya lagi BEST???....dlm Al-Quran pon berulang kali Allah ada tanya,"Apakah sama orang2 yg beriman dgn mereka yang ingkar?
JAWAPANNYA...

TAK SAMA....Orang yg beriman hatinya tenang,selalu gembira...mana taknya...semuanya mengharapkan redha Allah...kalau gagal,kalah,ada musibah dan sebagainya dia yakin Allah ada bersama.Bila diberikan nikmat,dia bersyukur...takde rasa dengki rasa benci sebab apa yang dia kejar bukan dunia...bukan lah pujian manusia...tapi kasih sayang Allah,redha Allah...

tapi lain bg ingkar....hati dia sakit lantaran terlalu banyak menyimpan rasa,rasa dengki,iri hati,prasangaka buruk...lagi2 bila yg nakkan dunia.Nak harta pangkat sampai berapi2 dgn orang lain.....bila nak AMAN???lagi pulak apa yg dilakukan banyak melawan fitrah....mcm darah yg mengalir,bila ada gangguan pada laminar flow yg normal...turbulence terhasil...which is not normal...nama turbulence tuh sendiri dah tak sedap...tak aman...betul tak???
so mana pilihan kita???TENANG DAMAI ATAU KUSUT SERABUT?

so kita kene berlumba...motivasi diri untuk jadi orang beriman...tanamkan dalam hati untuk ikut jejak langkah orang beriman...dah ada contoh dan kita cume perlu berusaha kuat...keluar dari kekangan nafsu!
waallahua'lam



Monday, April 12, 2010

saya ada kekasih...^_^

awak ada kekasih ?

awak sayang tak kekasih awak?

of course lah kan.lagi mau tanya.

awak tau tak, saya pun ada kekasih tau.kekasih saya sangaaat baik. dia sweet sangat. setiap hari saya akan dapat surat cinta dari dia. kata-kata dia, gaya bahasa dia yang indah, selalu membuai-buai hati saya. kalau saya sedih, saya akan baca surat cinta dari dia. sebab itulah penawar hati saya. mana taknya, kekasih saya sangat charming tau! dia sayang saya sangat2.dia hadiahkan saya macam2. dia kata, saya boleh mintak apa saja yang saya nak. pasti dia akan tunaikan. dan dia tak suka kalau saya meminta-minta dari orang lain. buat apa nak cari orang lain, dia kan ada! tambah sweet lagi, dia kata, dia sentiasa dekat dengan saya.cuma saya saja yang tak tahu. kekasih saya suka sangat kalau saya luangkan waktu malam saya semata-mata untuk dia.dia akan bertambah sayang dekat saya katanya. dan dia mahu hati saya diberikan sepenuhnya kepada dia sahaja. dia sangat marah kalau saya lebihkan benda lain daripada dia.tak boleh! tapi, kalau saya sayang orang lain disebabkan dia yang suruh, baru dia benarkan. asalkan apa saja yang saya buat semata-mata disebabkan dia.

tapi kan awak, kami saling mencintai, tapi kami tak pernah berjumpa. dia pernah berjanji kepada saya, yang kami berdua pasti akan berjumpa suatu hari nanti. saya tahu kekasih saya sangat setia. kasih sayang dia kepada saya tak pernah berubah. tapi saya? saya selalu curang pada dia. saya melebihkan benda lain daripada kekasih saya. saya selalu melupakan dia. saya tak setia. saya selalu buat benda yang dia tak suka dan larang.

kadang-kadang saya rasa bersalah terhadap kekasih saya sebab selalu membelakangi dia. saya selalu merungut, 'susahnya nak bercinta dengan kekasih yang kita tak pernah jumpa!' tapi saya tahu tu cuma alasan yang yang saya cipta. ada masa-masa tertentu, surat cinta yang kekasih saya bagi, saya abaikan. berhari-hari saya biarkan tak berbaca. kalau baca pun, saya rasa feelingless. saya baca sepintas lalu je. kadang-kadang saya tak faham pun isi kandungan surat cinta yang dia beri. tapi saya malas berusaha untuk fahamkan. padahal saya tahu, itu kata-kata cinta dan amanat dari dia, yang ditujukan khas untuk saya!

tapi kekasih saya tak pernah menzahirkan kemarahan dia pada saya. dia kata, dia akan sentiasa menunggu saya. saya tahu dia tetap sayangkan saya,walaupun saya tak setia. dan dia akan terus menanti sampai saya kembali mencintai dia semula.

tapi baru-baru ni, bila saya terbaca salah satu surat cinta dari dia, saya tersentuh kembali dengan kata-kata dia. padahal surat cinta ni dah lama dah dalam simpanan saya. cuma saya je tak pernah nak perasan. saya baca surat cinta tu. dan tak semena-mena air mata saya tumpah.jantung saya berdebar laju. sebabnya saya sangat takut. kekasih saya kata, dia tahu every single thing yang berbisik dalam hati saya, sama ada saya masih menyayangi dia atau tidak. so, kalau saya berterusan nak melebihkan benda lain daripada dia, kalau saya berterusan tak setia, sampai satu waktu nanti, kami takkan dapat berjumpa selama-lamanya. malahan dia akan mengabaikan saya pada hari tu. dia takkan terhingin langsung nak pandang muka saya kelak. malah dia takkan kisah apa yang akan jadi pada saya nanti, bila sampai hari yang dia janjikan tu.

saya takut. sangat takut. sebab saya tahu, bila tiba hari yang dijanjikan tu, saya takkan mampu nak mintak tolong daripada sesiapa, melainkan dari dia. dan saya sangat sangat mahu berjumpa dengan dia.sebab itulah nikmat dan hadiah terindah dalam hidup saya.tapi saya tak dapat bayangkan, kalau saya tak sempat kembali kepada kekasih saya,dan saya mati ketika mana kekasih saya sedang marahkan saya, pasti dia akan benci saya sampai bila-bila.

awak, saya sangat takut T.T

awak nak saya kongsikan apa kandungan surat cinta yang saya takutkan sangat tu?

awak dengarlah apa yang kekasih saya katakan dari link SURAT CINTA INI. kalau awak tak faham,awak rujuklah terjemahan surat cinta tu. kalau awak menghayatinya, awak mungkin akan menangis tersedu juga.

saya yakin selepas awak mendengarnya, awak semua pasti akan faham perasaan saya, bukan?

sudah semestinya,sebab kita semua kan berkongsi KEKASIH yang sama.

dan kita juga menerima SURAT CINTA yang sama.
 copy 

Tuesday, April 6, 2010

Al-Quran...Kitab pedoman atau Hantaran?

 citer nih rekaan semata...cume sbg peringatan agar kite tak tinggal Al-Quran...santai tapi moga memberi iktibar!!

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Thursday, April 1, 2010

tahun baru..pengalaman baru..

Salam alaik..panjang pulak tajuk entry kali nih...itu yg terlintas ke hati.Time tulis entry ni alhamdulillah rezeki Allah perut kenyang dek disumbat nasi Your Choice oleh kawan2 se'apartment'...mas,ain,nabilah,husna,yani,aza dan husna.Semuanya untuk menyambut ulangtahun kelaahiran saya...sepatutnya 2 April.tp memandangkan esoknya semua dah ade plan msg2,ade yg akan bertolak ke bangalore...so sambutan diawalkan...tak kisahlah...saya pon kurang berminat sgt hal2 menyambut birthday nih...no solid reason kenapa tak suke..maybe sebab saya sendiri tak pandai nak respon macam mana bila kawan2 susah2 beli kek,makanan nak celebrate birthday kita...hurm pelik gak kan...

Tapi dun worry...bukannya saya tak suke dgn sambutan tu.Suka.Terharu bila ada insan yg ingat ulangtahun kita...Mak pon wish awal sehari..."kakteh dah call mak petang nih so mak terus wish la...Selamat Hari Lahir.Moga makin matang dalam hidup dan moga diberkati Allah selalu".Bagi saya ucapan dari mak yg special.Ringkas tapi bermakna.Ringkas tapi penuh kasih sayang.Ucapan dari mak mahal sgt2....sbb tu last birthday,mak terlambat wish,saya terus merajuk....sedih sgt!kali nih mak awal sehari.Takut merajuk lagi kot....hihi^_^.

Apepon tu bukan mesej utama dlm entry ni.Sebanarnya nak cerita pasal trip ke europe bulan lepas.Bermula 26 februari sampai 26 march....

Manipal-Bangalore-Mumbai-London-Cardiff-Birmingham-Leichester-Nottingham-Stoke-On Trend-Liverpool-Manchester-Dublin-Galway-Rome-Paris-Londan-Mumbai

haaaaaaa...panjang tak panjang perjalanan saya dan kawan2 menjelajah bumi penjajah....

Alhamdulillah sepanjang perjalanan Allah permudahkan walaupon banyak jugak drama kehidupan yg berlaku.
Kalau nak diceritakan semua pengalaman, saya tak rasa saya mampu nak menulis....cerita boleh....ada jugak yg tak sanggup dengar karang.So saya cerita part2 yg best and sweet je.

The best thing pasal trip Europe nih,.....pasal jalinan.Yang dah kenal makin erat yang belum kenal,jadi kenal dan erat.Ramai insan2 baru menghulurkan ukhwah  menjadikan perjalanan kami tak sunyi...sudahlah penginapan disediakan,makan minum ditanggung....siap bawak jalan2 lagi...Ya,Allah...sungguh terhutang budi pada kalian..pada Kak Nida...Qamariyah...Karimah..Fatin Hani...Shahira...Kak Mira...Zai...Rin...Izzati...Wan Farah...Shara,Kak Azze'..waktu mula2 jumpa ngan diorang...langsung tak kekok..macam jalinan ukhwah tuh dah lama...kalian langsung tak teragak2 meng'offer' segala yg boleh...terharu sgt2...
itu yg terlekat kat hati nih...macam mana saya terharu pada kawan2 di mesir begitu juga hati ni tersangkut pada kawan2 kat uk....Kawan Intec sume...kalian sgt 2 special..Jazakallahu khairan kasira....
bermula di...
Cardiff...>>Mira,Nadia,Fatin,Haifa,Ira,Emma,Izuan
Birm...>>my special friend Murni...Izzati,Ju,Mira,Aisyah,
Lester...>>Fatimah Az-Zahraa,Didie
Nott...>>Hazirah
Liverpool..>>Fatin Atiqah
Dublin...>>Nabilah,Baitil,Shafawati,Diana,Nadiah,Ummi,Wanie,Haizi,Ayu,Sue
Galway...>>Izzah,Nasuha

ini antara kawan2 yg sempat kami jumpa dlm perjalanan.....
bila jumpa,masing2 bertukar cerita...india dgn uk...banyak bezanya...

Perjalanan saya pergi ke negara orang tak sia2...india,mesir dan europe...beza yg sgt ketara.
Dari orang,cara hidup sampailah ke bahagian pentadbiran.....sumenye berbeza...
Betullah saranan seorang kawan...kita dapat lihat "islam'nya Mesir dan 'islam'nya eropah pada sudut yg berbeza......Islamnya Mesir tertumpu pada ibadah dan akidahnya...Islamnya Eropah pada sistem kehidupan dan pentadbirannnya.....rasanya semua nilai hidup yang Islam ajar diamalkan dengan baik di sini...dari segi kebersihan,masa,pentadbiran,kesopanan.....walaupun ada jugak kawan2 cerita..orang putih nih nmpknya je bersih tp pengotor sebenarnya...tp bagi saya itu terserah pada individu..pada yg baik akalnya...mestilah kebersihan itu penting.Kebersihan bandar2 di UK sgt terserlah..bersih...susah nak cari pencemaran di sini melainkan pencemaran akhlak yg sgt2 teruk....ade jugak cacatnya!sebab islamnya tiada di situ.
Tak mustahil kalau Eropah akan menjadi tempat lahirnya Tamadun Islam.Bila eropah dapat Islam...dapat shahadatul haq.....sempurnalah semuanya dgn izin Allah.

Waktu di Stoke-on Trent,perbualan dgn kak sue berlegar2 lagi dalam kepala....mcm2 isu keluar.politik,ekonomi,pendidikan anak2,kekeluargaan..susah pulak nak cerita kat sini..kurang arif sikit bab2 nih.

Berbezanya trip Mesir dan Eropah...hati lebih tenang di Mesir..itu dah pasti..mana taknya...di Mesir,kunjungan ditumpukan pada masjid2...makam2 nabi dan para sahabat....yg mana semuanya mengingatkan hati akan keesaan Allah taala...ingatkan hati pada fitrah dan fikrah yg bersih...suci untuk lebih tepat.Tapi di Eropah lain pulak....lawatan banyak ke gereja2....di Rome,pergi ke Vatican City...ape yg saya nampak...gereja yg sangat2lah besar.Mungkin sebab itu ia jadi kota suci bagi penganut Kristian.Sebelum masuk ke gereja ade jumpe seorang pak cik,orang Malaysia..."Baik2 masuk tuh...boleh rosak aqidah korang.."...seram jugak kata2 pakcik tu...tp fikir2 balik...iAllah,moga Allah pelihara iman ini.Masuk sekadar nak tengok dengan mata sendiri sejauh mana hebatnya Vatican City yg diwar2kan....
tapi sakit jugak hati nih..bila difikirkan kisah sirah nabi Isa alaihissalam yg difitnah....kisah Maryam yg diolah sesuka hati...
itulah...macam saya cakap mula2 tadi...di Mesir,hati tenang bila kembali pada fitrah...tapi bila di Eropah,bertentangan dgn fitrah,hati pon tak best...
tertanya2 jugak bagaimana dgn saudara2 baru yg menjumpai Islam di Eropah...yg pasti hidayah Allah membawa mereka kembali setelah fitrah menjerit minta ketenangan.Waallhua'lam.

Lain kisahnya di Paris...saya ketemu masjid!!!!Masjid terbesar di bandar Paris...Mer`cy to Allah...Sepanjang perjalanan di Paris...kami selalu bertembung dgn saudara2 muslim...Assalamualiakum....ucapan salam macam jadi signal untuk kami mengenali saudara sendiri...susah nak kenal mana satu yg muslim mana satu yg tak...kadang2 tengok dari jauh tersenyum2...pelik jugak..senyum kat sape?nak kate kenak tak pulak...rupanya dia senyum pada saudara seislamnya.....itu membuatkan saya jatuh cinta dgn Paris.Mer`cy again to Allah.

Kat masjid,sempat berkenalan dgn Brak Moosa...menurut beliau nama asalnya Buraq..dalam kisah Isra' Mikraj Nabi Muhammad.....Brak sgt2 happy once berkenalan dgn kami.Dia sgt2 bersemangat nak pergi malaysia.....dia puji islam di Malaysia...ya Allah,rase kecil bila dia cakap macam tu...pujian yg dia bagi terlalu tinggi...takut pulak dia kecewa bila tahu bagaimana Islam di malaysia..iAllah,Brak.We will see each other again...saya bangga dgn Brak...hijabnya dijaga rapi..setiap patah perkataan pon dihiasi pujian pada Allah..saya pasti dia muslim yang baik....^_^

InsyaAllah...setakat ni saja coretan saya untuk jelajah Eropah....nih pon dah cukup panjang..kalah coretan jaulah mesir...walaupun hanya berkisar di 3 tempat...tapi kenangan Ramadhanya mahal!!!tak mampu kuuungkap melainkan kalian merasainya sendiri.

Mesir dan Eropah perlu bergabung kelebihan 'Islam' masing2 untuk menjadi benar2 mantap!!!!InsyaAllah
Wallahua'lam.


sedikit bahasa itali yg sempat saya belajar...
muc`iamo.....nama saya
me piace....saya suka
me studio medicina...saya pelajar perubatan
graci....terima kasih
bahasa French
mer`cy...time kasih...

susah tol bahasa diorang...jd dpt sket aje