Sunday, May 30, 2010

Saturday, May 29, 2010

Qum!!!....Bangkitlah!

Wahai UMAT QURAN!

‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkutbahkan, “Suara Langit” di
bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan segala kepenuhan
dan ketekunan.
Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang
mampu menyapu kegelapan.
Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan Bumi dengan Langit tidak patah
atau terputus.

(1) Qum, Faanzir !
Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan. Barisan dan kesatuan Umat.
Canangkan seruan dan ancaman. Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang
kebenaran. Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran.
Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan! Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama
Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.

(2) Worabbaka fakabbir
Besarkan Tuhanmu, di atas segala! Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya. Tiada kekuasaan yang
menyamai KekuasaanNya. Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dan urusan dan kepentingan
menjalankan perintahNya. Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar. Fana, lenyap dan binasa segala dalam
ke BaqaanNya. Tiada ketakutan selain dan lazab, siksaNya yang akan menimpa.
Tiada harapan selain dan ke RidhaanNya belaka. Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung dengan
Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu.

(3) Wathiabaka fathahhir!
Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu! Hanya dengan kesucian ruh jua Amanah dan Risalah ini dapat
engkau jalankan.
Risalah dan Amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumur
dosa dan noda.
Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini.
Sucikanlah dirimu, lahir dan batin, baru engkau ajar manusai menempuh tugas dan beban berat ini.
Thahirum muthahir suci dan mensucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati.
Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia. Jiwa
yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti dunia dan manusia.

(4) Warrujza fahjur !
Jauhilah maksiat, singkiri mungkarat! Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah
riwayatmu.
Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu
akan cemar dihadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan jauhi.
Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu dan maksiat dan mungkarat dan
dosa dan noda.
Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembab kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat
dan mungkarat telah menjadi pakaiannya. Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh, adalah
program perjuanganmu. A1-Haq yang mesti dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara
dan jihadmu.

(5) Wala tumnun tastakthir’
Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak!
Jalankan tugas ini tanpa mengharapran balasan dan ganjaran dan manusia ramai.
Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntungan
benda dan material.
Kekayaan manusia tidak cukup untuk “membalas” jasamu yang tidak ternilai itu. Bukankah tanpa engkau,
masyarakat ini akan kering dan ketiadaan Iman, kepercayaan dan, pegangan?
Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa
engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?
Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan
tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan.
Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

(6) Walirabbika fasybir !
Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar!
Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala
kesabaran dan ketahanan.
Sabar menerima musyibah yang menimpa, ujian dan percubaan yang datang silih berganti. Sabar
menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu berpucuk dan berbuah.
Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak seimbang
dengan kegiatan dan pengorbanan yang diberikan. Hanya Ummat yang sabar yang akan mendapat
kejayaan sejati dan kemenangan hakiki. Hanya Ummat yang sabar yang akan sampai kepada tujuan.
Haza dzikrun!

Inilah enam peringatan dan enam arahan!
Untuk Mujahid Dakwah. Syahibud Dakwah, si Tukang Seru.
Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa
engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?
Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang kedunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan
tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan.
Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

sumber:....Usrah dan Dakwah..Imam Hasan al-Banna

Friday, May 28, 2010

Allah is always by ur side =)

• When you are tired and discouraged from fruitless efforts... ALLAH knows how hard you have tried.

• When you've cried so long and your heart is in anguish... ALLAH has counted your tears.

• If you feel that your life is on hold and time has passed you by... ALLAH is waiting with you.

• When you're lonely and your friends are too busy even for a phone call.. ALLAH is by your side.

• When you think you've tried everything and don't know where to turn... ALLAH has a solution.

• When nothing makes sense and you are confused or frustrated... ALLAH has the answer.

• If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope ... ALLAH has whispered to you.

• When things are going well and you have much to be thankful for... ALLAH has blessed you.

• When something joyful happens and you are filled with awe... ALLAH has smiled upon you.

• When you have a purpose to fulfill and a dream to follow... ALLAH has opened your eyes and called you by name.

Monday, May 24, 2010

musim peperiksaan bermula..

salam alaik...dah lame blog nih x diupdate...gagal nak istiqamah utk tulis kt blog nih....maklumlah bakat menulis nih kurang skit...

nampaknya blog nih akan bertambah sawangnya memandangkan musim peperiksaan bakal menjelang next week...buku akan jadi teman setia...laptop jadi tatapan hanya utk halwa telinga dan mata bila mengantuk.
Banyak betul nak kene cover this block...lagi2 dah nak unis...tak tau la mampu ke tidak utk mengkhatamkan segalanya..Khatam tuh rasenyer blh jer ,insyaAllah tapi kalau sekadar tumpang lalu je takde faedahnya...baca biar lekat..sbb ilmu bkn di kitab...fuh,teringat pesan ustaz waktu kat sekolah arab kat kampung dulu.!

Micro,pharmac,patho and forensic......semuanya memerlukan kekuatan minda...memerlukan space dlm neuron utk disimpan sebaik2nya.....waktu2 exam nih la baru nampak betapa sukarnya jalan yg dipilih....bukan senang nak jadi doktor,bkn senang nak pakai lab coat putih tu....=)

Tapi,insyaAllah,kita sandarkan semua usaha kita pada Allah....kita cuba usaha sebaik mungkin....macam dalam blog sahabat saya, Natrah....mungkin ini juga utk peringatan untuk diri saya dan kalian....bila tibanya musim peperiksaan.....waallahua'lam..

Mari alihkan perhatian semula perhatian kita terhadap core bisuness kita pada ketika ini.Medan perjuangan yang lebih relevan PADA KETIKA INI justeru kita masih bergelar mahasiswa bawah graduasi(undergraduate =).

PEPERIKSAAN@IMTIHAN

Maksud saya di sini ialah peperiksaan dunia yang kehangatannya kian terasa khususnya dalam kalangan sahabat-sahabat di Mesir.

Musim peperiksaan yang menjengah seolah-olah sama ertinya dengan bermulanya musim pertapaan masing-masing dalam 'gua' ciptaan sendiri.Mungkin juga bermulanya tempoh yang melepakkan bagi segelintirnya kerana tiada lagi kuliah yang perlu dihadiri.Atau bermula juga masanya untuk tawakuf kerja-kerja 'nilai tambah' yang sedikit sebanyak menguji konsisten dalam pembelajaran.

Apabila ditanya tentang peperiksaan,tidak dinafikan pelbagai reaksi dapat direkodkan.Exam=tekanan!!belajar kerana exam.Tak suka sbb semua orang mula menanggalkan topeng masing2.Ataupun suka sebab waktu exam yg tak baik semua jadi baik.Diri jadi lebih tekun beribadat.Kalau nak mati pun bior la mati dlm tempoh@fatrah exam sebab rasa lebih soleh~

Semua itu terpulang pada persepsi dan expectation dlm diri masing2.Cuma satu perkara yang ingin saya rakam dan kongsikan bersama di sini.

Usah sesekali kita terpedaya dengan peperiksaan...

Bagaimana mungkin exam yg tdk bernyawa itu mampu memperdaya kita?Bukan salah 'ibu mengandung' tapi salah kitalah yang telah menyempitkan hikmah dan kebijaksanaan yang terselit ~seawal usaha bermatian-matian kita dalam Ujian Pencapaian Sek Rendah..atau mungkin lebih awal drp kadar tersebut.di mana letaknya nilai jerit payah kita agaknya...

Anggaplah peperiksaan sebagai prosese pembelajaran yang membolehkan kita mengutip pengetahuan secara optimum.Pengetahuan yang kita tidak begitu cakna kecuali setelah peperiksaan kian hampir.Kita akan memastikan dengan bersungguh2 bahawa kefahaman dapat dikuasai gara-gara cuak dgn ancaman insiden yang dinamai peperiksaan.Semua soalan2 perlu mampu dijawab sebelum kaki melangkah ke dewan,supaya senyuman mampu diukir ketika langkah diatur keluar.Kamus diselak andai terdapat perkataan2 pelik yang tdk difahami.Wah,peperiksaan membuatkan kita sendiri berusaha memandaikan diri=)

Itu sahaja point yang cuba saya ketengahkan di sini.Tidak rugi berusaha bersungguh2 dalam musim peperiksaan ini walaupun bahagian yang kita usahakan itu tidak semuanya terpilih untuk kita menjawabnya kelak.Yg penting pengetahuan sudah berada dalam genggaman.Pesan Nabi SAW ilmu merupakan barang umat Islam yang tercicir,di mana saja kita dapatinya...KUTIPLAH...(WAllah a'lam)

Ya!Persediaan sebelum peperiksaan yang lebih menjadikan kita pandai(in sya' Allah), bukan kerana pangkat atau natijah yang bakal tercatat di papan itu.Yang penting kita berusaha spt org yg nak mumtaz,namun pangkat itu jualah yang kita harapkan utk menjadi taqdir terbaik.Ameen.

Khusus buat mereka yang sebelum ini tercari2 nikmat waltu itu,rasailah kemanisan peluang itu KINI, kerana kita tidak tahu bila masa pula nikmat itu akan ditarik semula.

Usaha mesti seiring dengan doa.

Takut mesti seiring dengan harap.

Apa yang penting????

Redha Allah la~

p/s: alangkah bagusnya kalau prsediaan utk peperiksaan akhirat lebih gigih drp yg ini..

Salam imtihan buat semua yang berusaha ke arah kecemerlangan.Gud luck utk semua..

Wednesday, May 19, 2010

Bismillah...
Alhamdulillah...
Subhanallah...
Allahuakbar...
Astaghfirullah....

jom cuba jadikan amalan kita...InsyaAllah tak susah.simple jer...=)

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu Sedunia...

Assalamualaikum...Hari ni antara hari yg berharga...hari nih peluang utk kita meluahkan rasa kasih sayang buat seorang insan yg bergelar Ibu...Hasil dari akal kurniaan Allah,manusia menetapkan adanya sambutan hari ibu bagi meraikan golongan mulia ini.Alhamdulillah.

Memang kalau nak diikutkan kasih sayang buat si ibu setiap hari...tp bagi sesetengah orang,ada yg malu meluahkan rasa kasih sayang terhadap ibu masing2.Jadi inilah saatnya......luahkan rasa yg terpendam...kita tak perlu malu mengucapkan sayang pada yg berhak....bahkan kita akan mendapat pahala bila menyayangi ibu kita.
Teringat lagu nasyid,Lafaz yg Terpendam......mesti sedih kalau kita tak sempat meluahkan rasa kasih dan cinta kita pada orang yg kita sayang....lagi2 ibu bapa kita sendiri.

So,jom sama2 kita ambil peluangn ucapkan sayang pada ibu bapa kita.Bukan susah....
I luv U....senang je kan...drpd dituturkan pada yg haran dan pada yg bukan hak..berganda baiknya kita lafazkan pada ibu tercinta.


Di kesempatan ini , istimewa utk bonda tercinta,Puan Latifah Bt. Yusof dan chik,Solehah bt.Puteh....

Selamat Hari Ibu.Sayang mak dan chik sangat2....Alhamdullillah,kupanjatkan syukur pada Ilahi atas kurniaan nikmat ini...Dikau teman...dikau sahabat...dikala suka dan duka...Pelukanmu menghangatkan kala kesejukan.Kata2mu memujuk kala hati tak sanggup lagi menanggung derita.Nasihatmu membuka minda memacu langkah.Ya Allah,ku mohon kasihilah ibuku dan chikku sepertimana mereka mengasihiku ketika aku masih kecil.Sinarilah kehidupannya dgn cahaya nur kasihMu...cahaya kebahagian dunia dan akhirat!